Assalam....
LRT yang kosong sebab naik dari stesen permulaan. Kalau tak, jangan nak harap la lengang macam ni =)
*Saya penyokong kuat pengangkutan awam =)) *
Monday, March 5, 2012
Saturday, March 3, 2012
~The Devil Inside~
Assalam....
Saya bukan penggemar filem seram. Big NO! Kadang-kadang je layankan jugak kat TV. Tapi, semalam demi adik kesayangan, beranikan juga diri ini menonton filem seram ala-ala Paranormal Activity. So, semalam filem seram yang berjaya ditonton adalah The Devil Inside.
Hemm....siapa yang suka filem ala-ala paranormal ni boleh la tengok. But for me, bikin sakit kepala je! =P Dah la memang dari opis dah sakit kepala, tengok filem yang tiba-tiba badan bengkok, darah tiba-tiba keluar, orang kena rasuk, tak ke sakit kepala tu?!
Part paling seram, adalah part ini. Seram woh!
Sebenarnya upload gambar ni cuma nak tulis caption "pelakon ni hensem" hehehe.
Nak kongsi ni, semalam kan...masa tengok filem ni, sekumpulan minah arab yang duduk row depan kitorang, menjerit-jerit bangun meninggalkan dewan tayangan. Tapi kan, sekumpulan arab yang duduk tepi kitorang pulak boleh tergelak-gelak macam tengok filem Mr Bean. Bukan gelak biasa, tapi gelak luar biasa! Haaa.....keliru di situ. Pada saya kan, dalam panggung, kita kena ada etika. Jangan sampai menggangu tumpuan orang lain. Nak jerit, jangan sampai orang belakang terkejut. Nak gelak, jangan sampai orang sebelah maki. Simple.
So....pada pembaca yang nak tengok filem ni, good luck diucapkan. Filem ni tak menjanjikan WOW, tapi ok la, untuk ada pengalaman makan popcorn tangan menggeletar.
Bintang: 2.3/5
*Tak sabar nak tengok filem Seefood =) *
Labels:
Filem dan Drama,
Ragam Manusia
Thursday, March 1, 2012
~Turun Naik~
Assalam....
"Jangan
terlalu resah & gundah dengan turun naiknya prestasi kehidupanmu,
kerana kehidupan ini adalah ibarat lakaran dengupan jantung yang turun
naik. Ia perkara tabi'i yang normal bertepatan dengan firman Allah yang
mengarahkan kita terus berusaha, bermuhasabah & tawakkal."
-FB Ustaz Zaharuddin.net-
*Hari ini saya di bawah. Esok lusa lusa saya pasti di atas, insyaAllah. Hidup ni kan macam roda*
Labels:
Islam....Cara Hidup Sempurna,
Rambang
Tuesday, February 28, 2012
~Kalori..oh Kalori~
Assalam....
Dulu masa kecik, tak hairan pun pasal kalori. Ye lah, ada family yang pentingkan kesihatan. Masa kecik, mana nak selalu makan KFC, MCD. Sekarang pun, kalau balik Perak, breakfast nasi lemak pun, (kadang-kadang) ibu dah geleng-geleng kepala.
Tapi....bila dah kerja, dah pegang duit sendiri, KFC pun semudah tekan butang 1 pada lif dan taraaa, dah nampak restoran, dah tak hirau pesanan abah "JAGALAH MAKAN. JAGALAH BADAN". Maka gembiralah Farhana menikmati makanan tanpa menghiraukan kalori yang mampu membahayakan kesihatan.
Tiba-tiba hari ni, entah angin apa yang datang, tiba-tiba di hati kecil terlintas untuk memikirkan soal kalori. Lalu, diputar kembali senarai makanan yang sudah dijamu.
Breakfast:
- Mihun separuh, kueytiow separuh
- Teh tarik
Lunch:
- Nasi separuh
- Ayam masak kicap
- Kuah kari suku senduk
- Sayur kobis plus tauhu
- Teh ais
Tengok dari senarai menu, dah ribu-riban kalori. Nak kira, tak sanggup rasanya. Jadi, untuk makan malam, makanan yang bertuah mengisi perut adalah....
Kebetulan abah telefon.
Abah: Along dah makan?
Me: Dah. Makan roti je.
Abah: Haaa....elok la tu. Jaga badan, hehe.
Respon yang sudah dijangka =P
*Tak sanggup tengok cermin. Sobs!*
Labels:
Diari Diet Farhana
Saturday, February 25, 2012
~Adnan Sempit 2~
Assalam...
Semalam tengok Adnan Sempit 2 sebab tak menahan tengok orang update kat twitter, filem tu best. So....lepas kerja menapak ke mall terdekat dengan office. Mana lagi, kalau bukan Pavillion. Sekarang lebih senang nak pergi Pavi since jambatan yang hubungkan Pavi dengan KLCC dah siap, so lebih selesa.
Berbalik kepada filem Adnan Sempit 2. Saya menonton filem tu seorang diri. Best, sebab kadang-kadang kita pun perlukan masa sendiri kan =) Sayalah orang pertama yang masuk dalam hall, makan popcorn, bersandar kat kerusi, LIKE A BOSS WHO OWN THE WHOLE HALL!!!! =)))
Part ni super duper kelakar.
Sumber gambar: Google.
Overall, pasal Adnan Sempit 2 ni, best, kelakar, lebih santai, tak ada sangat adegan merempit macam filem sebelumnya. Tapi secara jujurnya, saya lebih suka Adnan Sempit 1 =D
Tak rugi pun kalau nak tengok Adnan Sempit 2 ni. Santai. Sesuai kalau nak relaxkan minda. Gerenti ketawa dari awal filem hingga akhir. Part akhir tu memang kelakar habis!!!!
Bintang: 3.9/5
*Di mana ada kemahuan, di situ ada toll =P *
Labels:
Filem dan Drama
Thursday, February 23, 2012
~Impian 2012~
Assalam....
Bulan February bakal melabuhkan tirai. Kejap je rasa kan? Hampir 2 bulan ni belum ada mana-mana impian/azam yang dah tercapai. InsyaAllah ada lagi 10 bulan =D
Salah satu impian saya untuk 2012 ini adalah untuk bersemuka dan mendengar ceramah Dr Muhaya secara langsung. Nak sangat-sangat.
Last year alhamdulillah dapat bersemuka dengan Ustazah Bahyah. Terserlah sifat beliau yang lemah-lembut di sebalik kata-kata yang cukup tegas.
Tahun ni berharap, moga dimudahkan rezeki bertemu dengan Dr Muhaya pula, insyaAllah =)
Masa ceramah Maulidur Rasul di office last year.
Alhamdulillah, bersama Ustazah Bahyah.
Maafkan kegegaran gambar ini. Penangkap gambar begitu teruja =P
Tahun ni berharap, moga dimudahkan rezeki bertemu dengan Dr Muhaya pula, insyaAllah =)
Sumber gambar: Google.
Antara kata-kata beliau yang cukup saya suka, dan saya pegang adalah:
"Bila kita beri kasih sayang, itu yang kita dapat. Bila kita lempar kemarahan, itu yang kita dapat."
* Alhamdulillah makin ramai penceramah wanita yang benar-benar berkaliber .*
Labels:
Tak Salah Berangan
Wednesday, February 22, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)









