img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Saturday, September 19, 2015

Blog Dan Kerelevenannya.

Assalam,

Lamanya tak menulis di alam maya. Alam nyata pun sama. Buku nota je yang semangat dibeli. Semangat menulis hilang entah ke mana. Mungkinkah dengan entry baru ini, membuka lembaran baru untuk mengaktifkan semula semangat menulis yang hilang itu? Kita tunggu dan lihat sahaja hehe.



Masih relevankah dunia blog? Tanya hati kecilku.

Ya, mungkin relevan untuk mereka yang rajin membaca dan juga rajin menulis. Saya masih lagi bergantung harap kepada review penulis di blog berkenaan pelancongan, hiburan, teknologi dan ehem makanan. Taip saja di carian Google pasti akan muncul jawapan kepada persoalan. Namun masih ada jawapan yang belum diketemukan lantaran kekurangan entry berkenaan topik carian.Ketika itu, azamku ingin menulis entry berkenaan topik tersebut namun azam tinggal azam. Seperti kebiaasannya :)

Blog juga mungkin kurang relevan nya berikutan kepesatan web biarlah-gambar-sahaja-yang-bercerita a.k.a instagram. Dalam laman instagram juga ada ruangan caption yang mana pemuat naik gambar (amboi skema betul term tu) boleh menaip caption berkenaan gambar (ada juga yang tak berkaitan, hashtag deep). Ada yang menaip caption sampai kena sambung di ruangan komen. Betapa panjang celoteh nak menggambarkan gambar yang dimuat naik. Jadi, apa gunanya blog? Kata mereka yang menjadikan instagram sebagai medium penulisan mereka.

Bagi saya pula, blog masih releven. Sebab 1: saya suka menulis (walaupun dah kurang sikit). Jadi, saya perlukan ruang yang cukup untuk saya ekspresikan apa jua yang saya mahu. Facebook? Terlalu terbuka. Instagram pula? Biarlah ianya ruang untuk gambar. Sesuai dengan fungsi yang sepatutnya. Sebab 2: saya perlukan maklumat. Rujuk perenggan ketiga untuk huraian. Gitu.

Panjang pula celoteh malam ini. Topik agak serius pulak tu. Lain macam hehe. Jumpa lagi nanti di lain entry. Moga semangat menulis makin menebal setebal jerebu di Kuala Lumpur. Eh?!

1 comment:

  1. Setahun lebih dah ni.. berhantu dah blog kuning ni owner xupdate citer baru... hihihi

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~