Assalam,
Hari ni jom bincang pasal BERSANGKA BAIK (HUSNUZON). Dalam tak sedar, bersangka baik ni boleh menjadikan hidup kita aman, damai dan tenang. Nak tau sebab apa? Sebab kita tau jika ada musibah yang menimpa kita, pasti itu 'hadiah' daripada Allah untuk naikkan darjat kita.
Macam mana tu?
Macam ni, bukankah kita selalu disogokkan dengan kata-kata sebegini bila kita tengah sedih:
"Weh, sabar ya. Sabar tu separuh dari iman".
Jadinya, bila kita bersabar dengan kesedihan akibat musibah, tahap kesabaran kita pastinya makin tinggi. Bila sabar makin tinggi itu bermakna iman kita makin tinggi. Fuh, ibarat hipotesis di buku amali pulak hehe. Tapi, itu berbalik semula kepada konsep bersangka baik tadi. Bersangka baik ni amatlah terpuji. Lebih-lebih lagi jika kita bersangka baik kepada Yang Maha Esa. Bila kita bersangka baik kepada Allah, kita dah letakkan mindset kita siap-siap bahawa Allah dah tetapkan yang TERBAIK untuk hamba-hambaNYA. Kalau dah mindset macam tu, takkan ada lagi rasa nak marah bila orang tertumpahkan air yang kita dah sedia nak minum masa lunch, tak ada la nak maki-maki masa kesesakan lalu lintas, tak ada la nak sedih berjuraian air mata bila putus cinta. Gituuu.
Sebab apa? Sebab Allah maha tahu. Dia maha tahu apa yang TERBAIK untuk kita dan kita mesti bersangka baik kepadaNYA.
Tapi kena ingat, bersangka baik bukan saja kepada ALLAH, tapi juga kepada makhluk ciptaanNYA. Sebabnya, hablumminaAllah wa hablumminannas - Jaga hubungan kita dengan Allah dan juga sesama makhluk. Salah satu cara untuk menjaga perhubungan ini adalah dengan berbaik sangka.
Best kan topik berbaik sangka ni. Lagi best, kalau kita praktikkan. Tak mampu buat banyak, kita mula sikit-sikit. Itu lebih baik daripada tak buat langsung. Jom kita bersangka baik mulai hari ini =D
Good luck! =)
*Gambar semuanya dari pakcik Google.
No comments:
Post a Comment
~Ekspresi Anda~