Sumber: Google
Tiba-tiba, jejari laju saja menaip di papan kekunci....
"Master in islamic finance" ---> enter
"Chartered islamic finance professional" ---> enter
Semenjak tamat pengajian di UKM dulu, memang tak ada cita-cita pun nak sambung master. Abah ada juga bagi pendapat untuk sambung terus ke master. Tapi alasan saya, lebih berminat untuk ambil kursus profesional kerana master mungkin lebih sesuai kalau nak jadi pensyarah. Lagipun, kalau ambil kursus profesional, adalah title CA gituuu (niat xbaik la tu, nak riak ciss).
Entah kenapa, sekarang rasa bercita-cita pula untuk sambung master. Mungkin kalau ada rezeki jadi pensyarah, boleh juga dipertimbangkan. Namun begitu, impian nak ambil kursus profesional pun ada juga. Aish, tak boleh tamak. Kena ikut kemampuan diri. Yang paling penting, nak yang mana satu.
First thing first, tanya Allah dulu. Kemudian, tanya pendapat abah ibu.
Lets! :)
No comments:
Post a Comment
~Ekspresi Anda~