img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Wednesday, March 4, 2015

Resepi Sambal Kicap dan Sambal Hijau Yang Maha Senang

Assalam,

Cik kak, tajuk tu kenapa tak buat biar sampai 1KM je?

Siapa suka makan sambal? Tak kesah lah sambal apa pun. Suka? Ok, kita geng. Nak pulak kalau yang extra pedas berapi. Lagi sedap. Berair mata, berdengung telinga pun kurela. Antara sambal yang fav adalah sambal hijau yang makan dengan ayam penyet tu, sambal kicap yang selalu makan dengan sup, dan sambal hitam pahang. Ha kau, semua ada details di akhir menu. Nampak tak, betapa fanatiknya diriku ini dengan sambal hehe.

Ok, hari ni nak share dua resepi ringkas maha senang untuk sambal kicap dan sambal hijau. Ya Allah, nak taip resepi pun dok telan air liur. Sangat tak senonoh.

1) Sambal Kicap



Sambal ni sesuai kalau nak makan dengan sup, mihun goreng ke, tempe/pisang goreng dan personal fav saya, makan dengan nasi putih, ikan/ayam goreng. Wallllaaaa! =)

Resepi:

10 biji cili api
3-4 ulas bawang putih (yang besar-besar)
Kicap
Sedikit gula
Sedikit air yang dah dimasak
Limau

Cara-cara:

-Rebus cili padi dan bawang putih sampai layu sikit
-Kisar cili padi, bawang putih, kicap dan gula serta air hingga agak hancur [TIPS: kalau guna kicap manis, tak perlu gula. Jangan nak manis aje hihi]
-Perah limau ikut nak tahap masam macam mana.
-Dah siap, boleh gi makan =D

2) Sambal Hijau



Sambal hijau pulak my personal fav pun makan dengan nasi putih. Teringat kenangan di Medan, sambal kat sana memang terbaikkkk. Sambal hijau ni dah komersil. Kalau type #sambalhijau kat instagram, berlambakan peniaga online yang jual. 1 balang kecil hampir RM10. Kalau saya yang beli, silap-silap kurang 3 hari dah habis. Baik lah buat sendiri. Tak gituuuu? 
Gitewww....

Resepi:

10-15 cili padi (Nak lagi pedas, jangan segan silu tambah lagi kuantiti) 
2 ulas bawang merah sederhana besar
3-4 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis
Sedikit (sangat sedikit) air yang dah dimasak
Minyak masak
Garam
Gula

Cara-cara:

-Rebus cili, bawang merah, bawang putih hingga agak layu
-Kisar bahan-bahan yang direbus bersama dengan ikan bilis dan air. Jangan hancur. Biar bahan kisaran tu kasar.
-Panaskan minyak, masukkan bahan yang dikisar hingga kering
-Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa. Sekali lagi pesanan saya, jangan asyik nak makan manis dan masin je. =)
-Boleh senduk nasi, ambil sambal baca bismillah.

Ok, settle dua resepi. Senang ke senang? Hehe. Nak tak nak je kan. Kalau yang jenis makan sambal ni lagi bagus kalau buat sendiri. Boleh la adjust ikut citarasa kan. 

Selamat mencuba, good luck! =D

1 comment:

  1. makan petang2 dengan air kopi best ni..lame xpraktik

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~