img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Friday, October 1, 2010

~Sakit Itu Ujian~

Salam =)

Cuaca yang tak menentu sekarang ni memang menjadi penyumbang utama kepada ramai pekerja yang ambil MC sejak dua menjak ni. Di luar, kadang-kadang panas. Tapi boleh jadi tiba-tiba hujan pulak. Masuk opis, aircond macam dah setaraf dengan peti sejuk. Dah boleh jadi ais krim [bak kata kawan opis saya]. Bila suhu bertukar-tukar ni, badan pun mulalah nak meragam. Kalau meragam masa yang senggang sikit, boleh terima lagi. Ni, meragam masa nak tutup akaun. Sabar je lah, dengan gigihnya pergi kerja walaupun rabu lepas, terkandas jua sebab kesakitan yang amat =(

Tapi, sakit itu nikmat sebenarnya. Masa sakitlah kita banyak ingat Allah. Nak bangun, sebut Allah. Sakit bila nak jalan, sebut Allah. Seeeee, Allah tu penyayang kan? Dia datangkan sakit bagi kita lagi ingat kat Dia. Dia rindukan kita selalu mengingatinya. Tapi tu lah, manusia ni bila sakit je ingat Allah. Dah senang sikit mulalah naik kepala, cepat lupa diri. 


Moga mereka-mereka yang tak sihat tu, cepat-cepat sembuh [doa untuk diri sendiri juga]. Jangan sedih dengan kesakitan yang Allah bagi, sebab nikmat yang datang kemudiannya mungkin lebih besar dari sedikit kesakitan yang kita tanggung.

*Sengal-sengal satu badan tak sembuh lagi. Kalau boleh nak landing je 24 hours.*

6 comments:

  1. Betul.. Sakit kan pencuci dosa..

    ReplyDelete
  2. sem0ga fana dan y lain2 tu cepat sembuh... =)

    ReplyDelete
  3. i pon ta sehat. situation u same macam i. aircond kat office gila sejuk adoi. bila keluar office panas, pastu suhu badan pon da ta tentu kan? so true lah entry u ni. thumbs up! :)

    ReplyDelete
  4. cianyee...moga cpt sembuh..jgn lupa mkn ubat yg telah di tetapkan ok..no jangkit2

    ReplyDelete
  5. @All:
    Thx 4 all ur warm prayers =)
    Now im getting better..
    sayang semua, muah2

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~