img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Thursday, September 30, 2010

~Perihal Jodoh~

Salam =)




"Janganlah dirisau akan jodohmu itu. Sesungguhnya ia akan datang dengan keadaan yang mungkin kita tak menduganya. Ingatlah, kerana kita dijadikan dari sebahagian tulang rusuk Adam, yang mana satu hari nanti akan ada kaum Adam yang akan mencari sebahagiannya itu"

Saya dapat mesej ini dari seorang kawan saya petang tadi. Kawan yang selalunya menjadi tempat saya meluahkan rasa hati. Berbicara hati ke hati bersama kawan perempuan yang boleh dipercayai memang boleh membawa kepada kurangnya bebanan perasaan. Chewah, ayat tak menahan. Tapi, betul kan?

Perihal jodoh memang kita tak boleh nak tafsirkan. Hanya Allah yang mengetahui segalanya. Kadang-kadang asyik menyulam perasaan dengan jejaka A, tapi tup tup kahwin dengan jejaka B pula. Itulah dinamakan takdir dalam jodoh. Siapa lah kita untuk menafikan kuasa Allah. Begitu juga dengan isu cepat atau lambat datangnya jodoh. Bukan juga kuasa penentuan di tangan kita. Ada yang jodohnya, cepat sampai (Alhamdulillah) dan ada juga yang dilambatkan. Itu semua ada hikmahnya. Kita hanyalah mampu berusaha. Tapi, kalau dah bukan jodoh, usaha macam mana pun, dia tetap bukan jodoh kita. Ok, kena positif. Terbalikkan ayat. Kalau betul-betul dia jodoh kita, tak payah kejar, nanti dia akan datang sendiri =)




Hanya doa dipanjatkan kepada Allah, agar dipertemukan insan yang baik hati, beriman dan sederhana dari semua segi. Siapa tak nak bersuamikan orang yang baik kan? Tapi, berbalik pada diri sendiri. Nak orang yang baik, kita kena jadi baik terlebih dulu. 

*Bila da sampai stage umur 20-an, perkara jodoh dah macam topik wajib bila balik rumah*

7 comments:

  1. Mudah-mudahan.. Ketemu yang baik untuk kita.. :)

    ReplyDelete
  2. i like that... sem0ga begitulah hendaknya....
    =)

    ReplyDelete
  3. betul2..topik hangat dh xde topik len dh..kebosanan..tapi rasa nk kawin awl..tapi...uhuk

    ReplyDelete
  4. @All:

    Moga jodoh kita semua dipermudahkan, ameen =)

    ReplyDelete
  5. mmg topik wajib la
    ;p kehkeh

    ReplyDelete
  6. yezza k.fana..sgt agree..^_^
    exroommate k.fana y soang nie pon dok memikirkan hal y sama..hehe

    ReplyDelete
  7. @Nab:
    Kan???? Kdg2 sampai bosan dgn topik tuh

    @Miera:
    Hehe, ex roomate akak je risau?
    Moera tak risau ya?
    Ala, xpe..korang muda lg hehe

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~