img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Thursday, October 7, 2010

~Masih Di Sini Dan Kaki Yang Penat~

Salam =)



Hai semua. Lama pulak tak menaip (membebel) kat blog ni. Jarak masa dari hari terakhir post entry sikit lagi je nak makan masa seminggu. Deng!!!! Bukan malas ya. Bukan juga tiada idea nak post. Tapi ini semua sebab masalah kesihatan yang tak mengizinkan, waktu yang suntuk untuk menghadap muka ke laptop dan yang paling penting sibuk dengan urusan pejabat. Esok hari last untuk minggu yang hectic. Moga berjalan lancar esok supaya hari minggu yang bakal datang nanti dapat dinikmati dengan gembira =D

Kaki saya penat.

Dari semalam menggunakan kaki dengan semaksimum mungkin. Berjalan dari opis ke Dang Wangi yang memakan masa hampir 15 minit dengan kelajuan yang agak laju (sila faham di situ). Malamnya, berjalan dari tempat parking kereta ke mini auditorium UIA yang memakan masa 10 minit dengan kelajuan yang agak laju. Pagi tadi sekali lagi berjalan dari Dang Wangi ke opis dan petangnya dari opis ke Low Yat. Pusing-pusing Low Yat sampai bawak ke Sg. Wang Mall.

Phew, kalau kaki ni boleh menjerit, agaknya saya pun boleh jadi sedih dengar rintihan kaki saya nih. Dah la dengan pakai high heels, berjalan  tak mengenangkan kesenangan kaki. Kalau pandai kawal kasut roda best jugak nih. Berjalan pakai kasut roda je haha. 



Orang kata, kasut yang baik dapat membawa anda ke seribu langkah. True!!!! Lepas nih, nak cari kasut yang selesa untuk dibawa berjalan untuk jarak yang jauh. Tak nak kaki saya kesedihan =)

*Tajuk entry kali ni panjang dan agak pelik muahahaha*

4 comments:

  1. Belilah Scholl.. Selesa di kaki.. Heeee.. :)

    ReplyDelete
  2. wah..jau nye jalan..parking mne kat UIA y smpai 10 minit jalan??

    ReplyDelete
  3. pakai kasut betutup semua..senang nk bawak kaki

    ReplyDelete
  4. @Farhana Dr, Merahitujambu:
    Cadangan2 yg menarik..
    Thanks =D

    @Miera:
    Kalau tak silap kat area engineering fac...
    Bit far from car park...

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~