img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Tuesday, June 29, 2010

~Panggilan Yang Dinanti-nantikan =) ~

Salam semua =)

Berjumpa kita sekali lagi dalam blog suam2 kuku sebab update hanya 4-5 post sebulan dengan Justify Fullpurata 1 entry seminggu. Gila punya malas nak update. Tapi untuk menegakkan benang yang basah, ingin sy tegaskan di sini bahawa sy tak punya cerita best untuk diupdate. Sebab tu la, selalu xde entry baru hehe.

Dan sebenarnya (sila putarkan lagu Yuna) cerita di entry ni pun niat di hati nak publish dua minggu sudah. Tapi tangan ni tak berdaya nak menekan keyboard sebab selalu cuci pinggan hahahaha. Tujuan sy rajin2 update blog hari ini adalah untuk mengumumkan bahawa……saya bakal tidak bergelar penanam anggur yang berjaya mulai 1 Julai ini =) Alhamdulillah.


Gambar diambil dari sini

Masa mula2 dapat panggilan untuk ditemuduga, rasa nak melompat je. Maklumla company yg well known. Kalau sy bgtau kat sini pun sure semua tau =) Sy hantar resume pun masa karnival kerjaya yg sy cerita tak berapa nk best tu la. Mula2 pegawai yg jaga booth tu cakap xde available position kat finance department buat masa tu. Tapi sy hantar jugak resume. Kata dah print 20 set resume kan =) Dan selang sebulan lebih kemudian, sy dipangil untuk ditemuduga. Bukan sekali, tapi dua kali. Gila mencabar. Kali pertama dengan dua orang senior account dan setelah lulus interview tersebut, seminggu kemudian dengan dua orang senior human resource pulak.

Alhamdulillah pada 10 Jun lepas, sy mendapat perkhabaran gumbira bahawa sy diterima untuk bekerja sebagai costing executive di syarikat tersebut. Masa study kat uni dulu, subjek costing la subjek yang paling menyampah sebab a bit complicated lepas tu kena banyak berfikir pulak. Tapi tu la, orang selalu cakap, benda yang kita tak suka, yang menyampah, itulah yang kita dapat. Mungkin itu yang terbaik buat masa ini, jadi apa salahnya sy mencabar diri untuk bekerja di syarikat tersebut.

Ini semua berkat doa ibu, abah serta adik tersayang. Fyi, abah sy siap ambil cuti sebab nak hantar sy pergi interview tau. Touching di situ. Ibu pulak sibuk mencari rumah sewa untuk sy walaupun baru je interview. MayB instinct sy nak dapat kerja d situ kuat =) Terima kasih juga pada rakan2 yg bagi moral support daripada jauh. Sayang anda semua =)

Esok bakal berpindah ke rumah sewa. Sedih, sebab dah 2 bulan duduk rumah. Sob..sob..sob………

*Berdebar tunggu hari khamis ni*


9 comments:

  1. tahniah farhana..

    kerja rajin2..

    hope sentiasa happy dgn life kamu

    ReplyDelete
  2. tahniah fana..
    selamat bekerja...
    kt mane company tu??
    mmg pun, lame ko xupdate blog...hehe...

    ReplyDelete
  3. tahniah2..rezeki dapat kerja awl..=)..

    nnt kita leh la jumpa..eh.lupa..dpt keja ktne??

    ReplyDelete
  4. Sepanjang manusia dalam hidupnya menyerahkan dirinya kepada Allah dengan niatnya ikhlas, maka seluruh gerak dan diamnya, tidurnya dan jaganya, dihitung langkah-langkah mencari ridha yang amat dirindukannya itu, yang tentunya di hambat oleh beberapa faktor, diantaranya mungkin dikarenakan miskinnya tidak memiliki uang atau lemah kondisi ekonomi dan kesehatan tubuhnya.

    Bahwa Tuhan tidak akan pernah tinggal diam
    dan selalu menjawab doa bagi setiap hambanya yang benar-benar yakin
    dan ikhlas menerima segala ketetapan dariNya.
    Karena SUKSES ;lahir bukan krena kebetulan
    atau keberuntungan semata.
    Sukses terwujud karena di ikhtiarkan melalui
    Perencanaan yang matng; Keyakinan Doa; Kerja Keras; Keuletan;
    Niat Baik dan Pantang Menyerah.
    Sukses untuk sahabatku.

    ReplyDelete
  5. Tahniah..=) nti kebun anggur awk xde sapa nak jaga la ek..??hehehe

    ReplyDelete
  6. glad to hear that
    big hug and congratulations !!! :)
    eh company ape?? nak tahu..hehe
    Private msg me in twitter KEHKEHKEH...

    ReplyDelete
  7. @Embun di tgh malam:
    Trimas ya...
    kamu juga..
    moga gembira...

    @Nik:
    Company tu kat KL..
    Hehe..rindu ya..
    tau da kui3

    @MerahItuJambu:
    Trimas Tira..
    Okeh..insyaAllah..ada rezeki kita jumpa =)
    Keje kat KL...so xde masalah =)

    @Pu3:
    Thx ya

    ReplyDelete
  8. @EyangResi 313:
    Trima kasih ya...
    Kata2 itu sngguh bermakna dan memberi motivasi...
    Trima kasih =)

    @AtieAbid:
    Tu la...da xde siapa yg jaga hehe

    @n n:
    Wah...semangat tu smpi nk DM kat twitter =)
    Keje kat Jalan Sultan Ismail..
    Haaa..da bg hint tu hehe

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~