Lama sudah tak update blog. Ya, tau...perkara biasa bila tgk blog Ekspresi Diriku tak ada entry baru. Kemalasan pemilik blog untuk menaip entry ditambah dengan kekeringan idea memang tidak dapat dinafikan lagi. Tapi tak apa, hari ini mood nak update datang membuak2 dengan adanya sokongan internet yang sangat laju..Yeah sayang wimax. Terima kasih kepada pemilik wimax tersebut iaitu my bff, Yatt =)
Perkembangan baru? well, seperti yang diketahui saya sudah pun memulakan kerja hari khamis yang lepas. Alhamdulillah semua berjalan lancar, baik dari segi pengangkutan ke tempat kerja, environment kerja, nature kerja..semuanya baik. Biasalah, tak ada kerja yang senang. Nak cari duit dan pengalaman yang berharga memerlukan pengorbanan. Even jadi suri rumah sepenuh masa pun adalah tugas yang susah. Penat woo nak fikir menu apa nak masak makan pagi, tengah hari dan malam. Jadi, jangan merungut kalau kena balik lewat dan tak sharp pukul 5.30 pm. Buat apa balik tepat masa pun, still kena lepaskan monorel 3 kali baru dapat naik sebab kapasiti dah lebih had.
Kesimpulan buat masa sekarang ni, tak dapat dinafikan kehidupan belajar sangat2 membahagiakan berbanding kerja. Again and again, nikmatilah kehidupan di alam universiti, kolej, sekolah sebelum memulakan kehidupan baru sebagai pekerja. Totally different.
Okeh..cukuplah membebel setakat ini dulu. Rajin menaip, saya membebel lagi =) Salam...
*Masih dalam proses menyesuaikan diri dengan status baru...tidur pun cepat gila. Eh sama je dengan masa kat rumah =P *
km maken menghargai khdpn u slps bc entry ni...hehe ;p
ReplyDeletebetul2...time belajar x yah igt nk cari duit..skang ni setiap saat duit2..ilmu tu kadang2 x penting pulak..sbb duit2..uhuk
ReplyDelete