Ikutkan entry ni nak publish dah lama dah. Kononnya sebab masa tu genap umur 23 tahun 1 bulan. LOL!!!! =P Tapi, almaklumlah dah jadi suri rumah tak bertauliah ni, xmenang tangan kat rumah (Cewah, bunyi mcm wanita yang hebat). Jadi, terpaksa la ditunda entry ni sampai 2 bulan lamanya hehe. Malas gila kau Farhana padahal cuma publish je pon.
Okeh, sebenarnya dalam erti kata lain, entry ni nak tunjuk kat pembaca semua, inilah kek2 yang sy dapat dari kwn2 yang sgt2 best sempena hari kelahiran saya bulan lepas. Bukan satu dua kek yg saya dapat, tapi empat!!!! =D
Kek pertama dari my BFF (Nazra, Mun, Yana). Sgt2 sedap kek ni. Mereka beli kat Bread Talk, Mid Valley. Try oke…worth it =) Tak keterlaluan kalau sy ckp, kek ni lagi best dari Secret Recipe…
Kek kedua dr my friend, Julieza. Juga dibeli di Mid Valley. Buah2 kat kek tu segar2. Bestttt!!!! =)
Kek ketiga pulak kejutan yg bersungguh2 oleh my other BFF, Suraiya, walaupun ada org pecah rahsia hahaha. Pukul 10 malam datang bilik. Siap satu wing bergelap gara2 nak buat kejutan hahaha. Fyi, Su ni dah keje. Even keje, dia rajin gak datang UKM menjenguk kwn2 yg masih tekun menimba ilmu hehe. Datangnya Su malam tu bukan sekadar bawak kek, tapi dibelinya sampai 50 cucuk satay…wohoooo, kenyang tak terkira dibuatnya. Nazra, Mun n Yana yg dah nk tidur pun kena kejut hahaha.
Kek keempat oleh sorang lagi my bff, Yatt yg juga dah keje. Konon, suruh teman keluar, last2 blanja kek =D Kek ni sedap. My 1st try. Selalu kat SR makan Chocolate Moist je. Tapi sebab dah boring, kita tukar selera =)
Tahun ni mmng tahun meriah dgn kek lah. Thx to all my friends yg bersungguh2 bagi kejutan, belanja kek dan bagi hadiah. Tak lupa juga yg bagi ucapan. Dan juga yang buat entry special di blog. Thanks2...Really appreciate it =) Di rumah, seperti tahun2 yg lepas, kek adalah perkongsian antara kakak dengan adik =P Beza birthday pun sebulan je. Tapi, tahun ni xada kek lagi. Ibu dan abah buat kenduri doa selamat, alhamdulillah =)
Sekian sesi menunjuk kek. Jumpa lagi di lain entry. ThxBye =)
*Makan kek memang best, nak pulak yg moistttttttt. Lazat =D *
*Virus M memang terserlah sebab punya lama taip entry nih sampai boleh masuk muzium*
makk aii sampai 4 bijik....ni memang betoi2 celeb ni...takpa org bagi amik ja...
ReplyDeletesian kek ko ade name kteorg lak..hahhaa...xpasal2..
ReplyDeletewaaa..best2..
ReplyDeleteharus dikenang sampai bila2..=)
aduih..tangkap leleh laa gambar kek ni..sy x penah dpt kek..uhuk...adakah tahun ni sy akan dapt kek ari jadi..sedihnyaa
ReplyDeletewah!! selamat2...
ReplyDelete