img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Tuesday, January 5, 2010

~Kacang Soya Bersalut Kulat Itu Sangat Sedap~

Salam.

Tajuk entry yang bisa membuatkan org yang membacanya hampir muntah (ntah2 dah ada yang muntah. Jangan salahkan sy) Baca sampai habis untk mengetahui apa la yang sedap sangat makanan berkulat nih :)


                                           Kredit gambar: Google

Ya..itu adalah TEMPE. Jangan tak tahu, tempe yang anda..anda dan anda suka ni adalah satu makanan yang disalut dengan kulat! Tempe merupakan makanan yang diperbuat daripada kacang soya dan melalui proses penapaian membabitkan aktiviti  kulat Rhizopus oligoporus. Kalau anda perasan, ada lapisan lembut berwarna putih pada tempe. Lapisan lembut itu adalah Mycelium iaitu pertumbuhan kulat Rhizopus ini. So, dah tau ni..nak makan lagi tak? :)

Haaa....kulat ini bukanlah kulat yang merbahaya untuk kesihatan. Kalau bahaya, dah lama ada berita orang mati sebab makan tempe kat surat khabar. Jadi, anda boleh terus makan tempe tanpa rasa bersalah pada diri sendiri apatah lagi pada jiran sebelah rumah :) 

Ada pelbagai khasiat tempe. Antaranya

i) Baik untuk golongan pelajar. Bahan Antioksida yang terdapat di dalam tempe berfungsi meneutralkan cas negatif dalam badan dan membenarkan oksigen disalurkan ke otak untuk pemprosesan maklumat.

ii) Mampu mengatasi masalah cirit birit kerana kandungan protein yang tinggi.

iii) Mampu menurunkan tekanan darah serta dapat mengelakkan penyakit barah.(Zat besi bersifat antioksida)

iv) Kandungan lemak tidak tepu di dalam tempe juga mampu untuk menurunkan kadar kolestrol dan mencegah hipertensi.

v) Berupaya mencegah osteoporosis, disebabkan kandungan kalsium yang turut terdapat di dalam tempe.

Banyak kan khasiat tempe ni. Jadi, apa tunggu lagi. Dapatkan makanan bernama tempe ini di kedai makan, atau pasar berhampiran anda :) Mula-mula makan memang trauma sebab rasa yang tak berapa nak sedap. Tapi, lama-lama...anda mesti akan jadi pemakan tempe yang setia. Cubalah :) (Saya pon ambil masa 2 3 tahun nak lupakan trauma sebab makan tempe yang masam masa kat asrama dulu)

*Saya memng pemakan tempe yang tegar, tapi saya bukan orang Jawa :) *


* Maklumat diperoleh dari SINI dan SINI*
 

9 comments:

  1. salam. hehehe. saya mmg suka tempe. tempe goreng nipis2 letak sambal pehhh.... masyuk!

    ReplyDelete
  2. feveret encik mohid tempe nih! huhu

    ReplyDelete
  3. whoaa...i suke gilerss tempe!and sukerssss gilers dgn air soyaaaa~yerp, mmg manyak khasiat~neway,im blogwalking here...meh le singgah blog i..ngee~

    ReplyDelete
  4. ish..nape buat ku terliur..adeh..xleh kawal dh ni..sedap..nk..suke sgt2..

    ReplyDelete
  5. Ayisy:
    Salam. Wah, menu kesukaan 2. Nak pulak kalo tempe 2 moist...sedap xterkata :)

    Lonely In Gorgeous:
    Yeahhh..siap edar dalam kelas lg..Xtahan :P

    ReplyDelete
  6. Pwincess Syaqeera:
    Yeay..boleh jadik geng :)
    Thnx jenguk blog ni. Akan buat kunjungan balas :)

    MerahItuJambu:
    Cepat...dapatkan di gerai makan berhampiran..
    Xpon suh je mak kamu masak..yummy :)

    ReplyDelete
  7. hehe,,, mmg tau e2 mknn wajib fana,,,

    ReplyDelete
  8. tempe memang terbaik....
    lagi lagi kalu di celup telur....
    pastu goreng....

    perghhhh....slurrpppp....

    ReplyDelete
  9. ~Shuhada~
    Tanpa tempe, kurang nikmat makanan :P

    Tuan Kedai:
    Ow...boleh celup telur ya..
    nak try la lepas nih :)
    Tq 4 da new recipe hiii

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~