img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Wednesday, January 23, 2013

~Masalah Screen~

Assalam....

Farhana dan laptop sangatlah akrab perhubungannya. Tapi kalau nak kira sekarang ni, telefon dah sedikit demi sedikit ambil alih tempat laptop. Ye lah, telefon zaman sekarang macam-macam aplikasi ada. Aplikasi kira kalori lah, aplikasi muat naik gambar lah, aplikasi resepi lah, pendek kata semua ada. Nak google pun pakai telefon. Nak pulak telefon ada data plan. Tak kira tempat boleh layari internet. 

Tapi, bila nak tengok movie, nak taip entry blog, laptop lah yang akan dicari untuk kepuasan maksima.

Jadinya, bila satu hari tu, balik dari office, nak sambunglah tengok Once Upon A Time. Semangat yang berkobar-kobar terus merudum bila disajikan dengan pemandangan ini:
  
Oleh kerana susah hati, terus post gambar kat instagram, tanya pakar-pakar laptop di luar sana.



 Instagram for da win!!!! =)

Baru teringat, malam sebelumnya, tutup laptop tak perasan ada earphone kat keyboard. Cuai!!!! (Salahkan diri di situ). Tak pasal-pasal kena ganti screen -__-

Alhamdulillah......sekarang ni screen laptop pun dah tukar. Baru je tadi. Lega! Insaf dah. lepas ni, kena make sure tutup dalam keadaan yang betul. =)

*Esok cuti!!!!*

No comments:

Post a Comment

~Ekspresi Anda~