img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Monday, August 1, 2011

~Welcome August, Welcome Ramadhan Kareem~

Assalam.

Ogos sudah menjelma. Lagi 5 bulan nak masuk 2012. Apa? 2012! Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak habis 2011.

Dan juga....Ahlan wasahlan Ramadhan kareem. Sekarang ni baru je selesai hari pertama di bulan Ramdhan.

Bulan yang mengandungi 1001 keberkatan dan digandakan pahala bagi mereka yang bersungguh-sungguh merebut peluang. Tak susah pun nak dapat pahala, senyum kat rakan sekerja dah dapat pahala. Solat di awal waktu berkali-kali digandakan pahala. Baca walau sepotong ayat al-quran juga digandakan pahala oleh Allah SWT. Takkan nak lepaskan peluang? Rugi...rugi...

Harapan saya moga ramadhan kali ini saya makin rajin dan istiqamah baca al-quran, solat di awal waktu, tak skip solat tarawikh. Cuba bayangkan jika ini ramadhan kita yang terakhir. Ya Allah...takut rasanya. Saya doakan kita sama-sama dikurniakan 1001 rahmat dan keberkatan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Maaf dipohon andai ada perkataan atau tingkah laku saya yang menyinggung perasaan kalian. Maaf dihulur seikhlas hati =)

Oh ya, buka puasa apa hari ni? Ehem..meh sini nak share apa juadah berbuka saya hari ni =)

Amboiiiiiii......... kemain!


Selamat mengerjakan ibadah puasa buat pembaca semua. Kurangkan kontroversi, tingkatkan amalan =D

*Esok nak makan apa ya?? haha*

4 comments:

~Ekspresi Anda~