img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Sunday, March 20, 2011

~Macam Kejam Kan?~

Assalam,

Bila kita suka-suka hati melakukan sesuatu tanpa memikirkan baik buruk perkara yang kita lakukan, tak ke kejam namanya? 

Minum teh tarik/ teh ais hampir setiap hari tanpa memikirkan tahap gula yang banyak, belum campur lagi dengan susu yang penuh lemak berkrim disukai ramai. 
Tak ke zalim? 


Kombo nasi lemak, rendang ayam, dan teh ais.Yummeh! Memang lazat tak terkira. Nak pulak kalau nasi tu penuh lemak, bila makan 30 minit lepas tu mesti menguap seratus kali. Tuuuu....rendang ayam tu. Santan lagi! Ayam part peha pulak tu. Tempat pengumpulan lemak. 
Tak ke zalim?

Banyak lagi kezaliman yang telah kita lakukan, tapi perasankah kita?

Baiklah, zalim ini ditujukan kepada betapa sesuka hatinya kita makan sesuatu yang boleh mengundang bahaya kepada kesihatan dan nyawa kita sendiri sekiranya tindakan kawalan tidak kita usahakan. Alah, mesti ramai yang tahu tindakan-tindakan kawalan tu. Tapi ramai jugak yang pura-pura tak tahu dan terus melakukan kezaliman. 

Saya sememangnya penggemar makanan yang sangat tegar. Sampaikan pada satu tahap, seluar dah hampir tak muat, baju pun dah makin ketat, mulut ibu pun sudah mula bising dek peningkatan berat badan anak daranya, dan walaupun abah cool, tapi bila sekali tu terkeluar madah berbisa, ambik kau, terkedu di situ!

Jadi, tindakan kawalan perlu diambil. Perlu!
-To be continued (gila gedik nak buat siri-siri pulak)

*Lagi kejam kalau tiba-tiba tak makan makanan kegemaran. Tak sanggup weh*

3 comments:

  1. Ohohoho.. Inikah zalimnya.. Kekejaman dan kezaliman yang seronok tapi jangka panjangnya kita tak tahu lagi macam mana.. Huhu..

    ReplyDelete
  2. memang kejam!!tapi kekejaman yang jangka masa panjang...bila dh tua..pkr sendri..uhuk..
    tapi lau dh suka minum teh tarik.cmne??

    ReplyDelete
  3. haha.kekejaman yang menyeronokkan..susah nak mengawalnya..hehe

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~