img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Monday, March 14, 2011

~Hikayat Merong Mahawangsa~

Assalam.

Satu je perkataan yang menggambarkan filem Hikayat Merong Mahawangsa ni. AWESOME! 




Penantian yang tak sia-sia. Mula-mula macam tak berminat nak tengok masa mula-mula diwar-warkan tahun lepas. Tapi.....bila dah tengok trailer dan di sebalik tabir, jiwa ni meronta-ronta nak tengok. And again, tak sia-sia tiket RM12 =D

Komen:
  • Teknik CGI yang canggih (setanding dengan kos RM8juta). Walaupun guna teknikCGI, tapi nampak natural.
  • Tak boring. Sampai tak sedar popcorn dah habis. LOL! Start cerita sampai habis, fokus di tahap maksimum.
  • Pemilihan pelakon yang pada saya, sangat sesuai. Walaupun ada yang nak pelakon lelaki tu muka melayu tulen, tapi saya rasa watak Merong sememangnya layak dipegang oleh Stephen (yang handsome eheh). Paling teruja, bila Umie Aida muncul. Teruja gila! Walaupun kemunculan sekejap cuma, namun impaknya terasa hingga ke dalam.
  • Tapi...saya tak suka ending sebegitu. Rasa macam hilang sesuatu. Tamat secara tiba-tiba.
  • Dari 5 bintang: 4.5 untuk cerita ni =)

 Cantik kan poster filem ni. Baru tau, ianya hasil tangan KukuBesi =)

Handsome =) Ala-ala pelakon yang pegang watak chef dalam drama korea Witch Yoo Hee =D

Pada yang belum tengok, apa lagi! Sila lah menonton filem epik ini di pawagam berhampiran anda. Filem yang lengkap dengan elemen aksi, persahabatan, percintaan, komedi, dan tak terkecuali elemen sedih. Tak menangis, tapi rasa sebak. 

Thumbs up untuk Yusry KRU yang gigih mengarahkan filem ini walaupun pada mulanya hampir-hampir mengundur diri sebagai pengarah. Kepayahan anda mengarahkan filem epik ini, bakal terbayar dengan sokongan ramai penonton filem melayu yang semakin menghargai usaha penggiat seni tempatan.

*Suka sangat dengan kesetiaan dan kesungguhan Merong dalam menjalankan amanah*

7 comments:

  1. Tak tengok lagi.. Memang tak sempat sekarang.. Huhu.. Tapi abang stepehen kacak laa.. Haishoooo.. :p

    ReplyDelete
  2. @FarhanaDr:
    Kalau ada kesempatan,jangan lupa tengok ya...
    Ohhh,dia sgt kacak n coooollll =D

    ReplyDelete
  3. mmg btol sedap ke ni,, nka cri la citer nih,, hehehe tgu 2 bln lg bru clear,, hehehe.

    ReplyDelete
  4. jeles kak dh tgk HMM nie..
    nk gak tgk...

    ReplyDelete
  5. kan???sy pon suka..tpi ramai yg complent lagi pasal cite ni ok..xpuas hati laa apa laa..cuba suh diorg buat cite ni..baru th..apa pon bangga sgt

    ReplyDelete
  6. ruginya xdapat tgk! wuwuww..

    kalau sy, belum tayang cite, popcorn dah abis. huahua

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~