img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Tuesday, December 21, 2010

~Aku Masih Dara~

Salam.

Mula-mula masuk wayang macam was-was betul atau tidak pilihan adik saya nak tengok cerita ni. Walaupun ada Ashraff Muslim dan Raja Farah, tapi filem ni bukanlah filem yang bertakhta di jiwa untuk ditonton di pawagam.  Tapi.......semua syakwasangka buruk tu berlalu bila Ashraf Muslim muncul je kat dalam cerita ni =P. 

Kenapa?

 Tak rasa ke dia ni hensem? =P




Jalan cerita Aku masih Dara ni berkisar mengenai kehidupan 3 gadis yang sangat sosial. Tapi salah seorang daripadanya masih berpegang kepada prinsip 'mahkota kewanitaannya hanya untuk lelaki yang bergelar suami'. Walaupun sosial, tapi watak perempuan tu masih tercari-cari islam dalam dirinya. Dan ketika itulah muncul watak yang hensem lagi bergaya ditambah pulak dengan suara macho (ehem-ehem) abang Firdaus




Hampir penghujung cerita, berlaku suatu kejadian tak terduga. Nak tahu apa kejadian tu? Apa ending cerita ni? Happy ending atau sad ending? Silalah ke pawagam berhampiran. Best sangat cerita ni. Saya bagi 4.5/5 bintang.
Tak dapat penuh 5 bintang sebab adegan dalam pub dan private party yang melampau. Tak mustahil kalau satu hari nanti, taraf censored filem Malaysia akan menyamai filem barat yang mana dah tak ada censored untuk babak-babak yang sepatutnya. Sekian, terima kasih!

Oh ya, jangan lupa saksikan Aku Masih Dara ya? Banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita ini. Cerita ni penuh dengan elemen pengajaran, emosi dan lawak. Tak kering gusi dengan keletah Yana dan family Firdaus. Tengok tau! =D

*Tak sabar nak tengok Harry Potter part 2*

7 comments:

  1. sy dh tgok harry potter..best2..best eh cite ni...

    ReplyDelete
  2. Ohhhh.. Minat Ashraff Muslim ye.. Dia memang comel.. Jambu jerrr..

    ReplyDelete
  3. @Merahitujambu:
    Dah tgk jugak HP, tu yg tak sabar nk tunggu part 2 =)
    Best bangat...tgk tau!

    @FarhanaDr:
    Minat bangat..selepas Fahrin Ahmad =P
    Machoo man hehe

    ReplyDelete
  4. tak suka layan cerita harry potter ler T___T

    ReplyDelete
  5. @maiMOONyet:
    Best woooohhhhhhh.....
    Rugi tak layan

    ReplyDelete
  6. TENGOK DAH SABTU LEPAS.....
    CAIR BILE TENGOK ASYRAF MUSLIM MULE2 KUAR...
    HENSEM... HEHEHEHE.....

    NIK
    -MALAS NAK SIGN IN-

    ReplyDelete
  7. hensem2..ashraf muslim hensem..suka!=)

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~