img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Thursday, November 4, 2010

~Hidup Perlu Terus~

Salam.

Bila kita sedih, kecewa, terluka, mesti kena selalu ingat benda ini: Kenapa perlu bersedih untuk hanya satu sebab sedangkan banyak sebab lain yang boleh buatkan kita gembira. 




Gembiralah kerana masih punya keluarga yang sentiasa ada dengan kita. Tak kira betapa jauhnya jarak yang memisahkan, mereka tetap di hati kita, dan semestinya kita utuh di hati mereka.



Gembiralah kerana masih ada kawan-kawan setia, yang boleh berkongsi cerita gembira mahupun duka dengan mereka. Hantar mesej pendek menyatakan rasa sedih, terus dibalas dengan ayat-ayat perangsang sepanjang 3 mukasurat.



Gembiralah dengan adanya pekerjaan yang bisa membuatkan konsentrasimu jatuh di situ. Bila kesibukan kerja membataskan hasrat untuk bersedih, bukankah itu suatu yang baik?



Dan yang paling penting, gembiralah kerana Allah sedang menguji kita. Jangan terlalu bersedih dengan kekecewaan yang sebesar zarah, kerana nikmat kurnia Allah di masa mendatang kesan daripada kesedihan yang ditempuhi adalah jauh lebih besar. Allah takkan biarkan hambanya bersedih tanpa ditukar ganti dengan kegembiraan. Bersedihlah (secara sederhana), kerana kesedihan itu membuatkan kita bermuhasabah.

Banyak kan sebab yang boleh membuatkan kita gembira? Jadi, nak bersedih, biar sehari suntuk. Esoknya, harus mulakan hidup baru. La tahzan =D

*Orang yang tak ada hati perasaan je yang tak tahu erti dan rasa sedih*

3 comments:

  1. Kenapa perlu sedih sedangkan banyak benda lain lagi yang boleh buat kita gembira.. Hmmmm.. Suka ayat tu.. Ada benarnya kan.. Bersedih tak salah tapi jangan sampai lupa yang dunia ni ada banyak lagi perkara gembira.. :)

    ReplyDelete
  2. akk nie mcm tau2 je kan saya ngah bersedih..
    baik la bersedih untuk hari nie.
    esok mulakan dgn hidup baru.
    :((

    ReplyDelete
  3. @FarhanaDr:
    Yessss....mcm makna nama kita Dr =)
    Kegembiraan kami....Macam mana nak gembirakan org lain kalau diri sendiri berduka..
    so kena maintain gembira, fikiran pon jadi +ve =)

    @Amal:
    Y dear?
    Xpe, lepaskan perasaan sedih tu puas2 ya...
    Dah selesai, jgn ingat lagi...
    Moga berjaya =D

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~