img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Friday, October 29, 2010

~Mari Perangi Kelaparan~

Salam.

Mesti ada yang prihatin dengan masalah kelaparan yang melanda negara-negara miskin. Walaupun bukan semua yang prihatin, cukuplah dengan segelintir daripada tiada langsung. Paling menyedihkan adalah kanak-kanak yang mati akibat kelaparan. Badan kurus sampai boleh dibilang tulang. Kalau tengok gambar2 mereka ni mesti tersentuh hati.




 =(


Jadi, apakah cara kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin ni untuk membantu insan-insan yang malang di luar sana? Lain orang, lain caranya. Contoh terdekat, syarikat tempat saya bekerja akan menganjurkan satu program khas untuk mengutip dana bagi membantu negara yang mengalami masalah kelaparan.


 Walk of hunger.

Itu nama programnya. Bertempat di Putrajaya (hadapan Istana Kehakiman), jam 5 petang. Datang ya. Yang dah ada tiket collect tshirt and makanan sure kena datang. Yang tak ada pun, datang je la, bagi sokongan. Boleh jumpa kat sana! =D 

Walaupun kita tak dapat nak bantu semua negara yang ada masalah kemiskinan dan kelaparan, tapi dengan adanya usaha kita diharapkan negara-negara lain juga akan mengambil langkah yang sama. Besar pahalanya memberi orang sesuap makanan. Kita yang berada di negara yang makmur, dilimpahi makanan (yang kadang-kadang dibazirkan) mungkin tak cukup mengerti. Cuba letakkan diri kita di tempat mereka. Mungkin akan hadir sedikit rasa insaf.

*Moga semua berjalan dengan lancar esok, ameen*

3 comments:

  1. Semoga semuanya berjalan seperti yang dirancangkan.. :)

    ReplyDelete
  2. kita yg cukup makan pakai sume nie.

    kena sentiasa bersyukur.

    alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. @FarhanaDr:
    Dah selesai, alhamdulillah =)

    @Amal:
    Betul..betul..betul

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~