Anda seorang yang mengamalkan memakan makanan yang sihat-sihat? Sering katakan tidak pada minyak yang berlebihan, MSG, lemak dan lain-lain? Selalu memastikan sayur adalah menu wajib dalam hidangan utama? Ahah, silalah membuat kunjungan ke Madam Kwan Restoran =D
Saya adalah penggemar sayur yang tegar. Kalau tanya pada insan-insan yang rapat dengan saya, mereka tanpa segan silu akan angguk kepala laju-laju [mungkin]. Tapi kalau tanya kat ibu saya, mungkin dia akan geleng kepala, sebab belum mampu makan peria sambil buat muka slumber =P
Mempersembahkan gambar-gambar sebagai pengganti tulisan.....
Lokasi: Madam Kwan Restaurant, Pavilion
Pemakan: Penulis dan rakannya, Yatt =)
Ini makanan pilihan saya.
Homemade Tomato Soup
Mushroom Yee Mee
Homemade Tomato Soup ni, mula-mula makan, rasa macam tak nak makan lagi. Tapi bila rest kejap, terasa macam sup ni menepati selera pulak hehe. Mushroom yee mee, sedap. Sayur-sayuran yang segar jadi penambah selera.
Nampak meriah kan? =)
Ini adalah pencuci mulut pilihan Yatt. Cendol. Okeh la, not bad.
Kenyang perut, suka hati!
Pendapat saya tentang restoran ni, ok la boleh tahan untuk penggemar makanan cina. Macam saya pun, ambil masa untuk sesuaikan dengan tekak. Harga makanan pun dalam lingkungan yang agak mahal. Macam saya dengan Yatt ni, total harga makanan kami berdua melebihi RM70. Puratanya RM 35+ seorang dicampur dengan cukai perkhidmatan. Overall, makanan, servis, keadaan restoran semua memuaskan. Boleh datang lagi lain kali =)
*Kenapa ada orang yang tak suka makan sayur? Rugi...rugi.*
Wahhhh.. Awal2 entry dah macam wat iklan lak.. Heehee.. :p
ReplyDeleteSaye susah makan sayur.. Errr..
yumyy...sambil menelan iar liur melihat kamo makan..sedapnyeeee
ReplyDeleterestoran Thai ke nih....?
ReplyDeletemasyukkkkkkkkkk ;D
ReplyDeletemeriah nye la akk makan..
ReplyDeletebile nk blnje saya pulak nie?
terliur la pulak tgk gmbr akk makan nie.
@Lwhidupan:
ReplyDeleteNope..Chinese cuisine
@Amal:
Turun KL.
Nanti akak blanja KFC hehehe