img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Wednesday, October 20, 2010

~Episod Duka Itu Adalah Ujian~

Salam.

Semua orang pernah rasa 'down'/kecewa/sedih sebab tak dapat apa yang diinginkan. Kebanyakan daripada kita memang suka target tinggi, jadi bila tak dapat apa yang diharapkan, mulalah episod murung sepanjang hari. Saya juga pernah rasa down. Dan antara episod down dalam hidup saya berlaku baru-baru ini. 

 Gambar dari Google

Tak dapat digambarkan macam mana perasaan down tu. Mungkin hanya saya seorang [sebab saya yang rasa] dan juga Allah yang tahu. Saya ni boleh digolongkan dalam kategori kalau nak sedih pun tak payah berjemaah. Sorang-sorang cukup. Mungkin kalau tertunjuk pada kawan-kawan pun, sekejap je. Lepas tu pura-pura la happy hehe. Jangan nak heret semua orang moody sekali. Tapi yang sebetulnya baki perasaan down tu takkan hilang dalam masa sehari. Itu saya.

Jadi, setelah bermuhasabah saya dapat agak kenapa benda ni terjadi pada saya. So lepas ni:
- Jangan pandang ringan semua benda.
- Jangan leka dengan kehidupan duniawi. Yang indah tu sekejap je.
- Jaga hati orang di sekeliling kita Mana tahu tanpa sedar kita dah sakiti hati orang lain. Fikir panjang sebelum  bertindak/ bersuara.

Ini ujian dari Allah, saya yakin perkara itu. Buang kesedihan kerana jalan kejayaan masih terbentang luas.

*Bila sedih baru nak ingat Allah. Manusia memang begitu*

3 comments:

  1. ana, nape? =(
    walo apepun penyebab senyuman kmu hilang, bertabahlah..
    nad yakin ia hanya sementara. Allah pasti turunkan hikmah & kebahagiaan di sebalik setiap ujian. yg penting usaha ye perbaiki segalanya. nad tahu ana kental orgnye..

    kesedihan ini boleh dikongsi sebenarnya. dgn insan yg paling ana percaya. dgn ibu kmu misalnya. xkan ada fitnah darinya, insyaAllah. selebihnya, bersujudlah..
    nad doakan hari2 ana akan kembali ceria..amin.

    ReplyDelete
  2. ape pon yang berlaku, itulah ujian dariNya. DIA tidak akan menguji jika kita tidak mampu mengharungi ujian itu..^_^

    p/s: Selalu jalan sini tapi jarang komen =p

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~