img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Thursday, October 28, 2010

~Konsert Maher Zain~

Salam.

Terlambat sangat untuk update cerita ni. Dah 2 minggu berlalu. Better late than never kan? So, ini dia, sedikit coretan dan gambar untuk hidangan mata anda semua =)

Tempat: UIA, Gombak.

Fuh...ramai tau. Berhimpit-himpit nak masuk. 


Suasana di dalam dewan.


Sebenarnya, tak layak pun letak tajuk entry sebagai konsert Maher Zain sebab konsert beliau yang sebenarnya adalah di Shah Alam. Di UIA, beliau adalah penampilan istimewa untuk konsert mengenang Palestin yang dijayakan oleh In-Team, Muadz, dan satu lagi kumpulan nasyid. Ketika konsert itu juga, dipersembahkan teater yang mengisahkan perjuangan tentera Islam menentang musuhnya di bumi Palestin. Good job for that, terutama pada babak akhir iaitu babak berperang. Best!

 Abaikan kualiti gambar. Tak sempat nak setting kamera. So, gambar jadi gelap =(


Berbalik pada Maher Zain, beliau hanya menyanyikan dua lagu iaitu InsyaAllah dan juga Barakallah. Walaupun dua lagu, impak yang diberi cukup besar. Beliau mempunyai peminat yang bukannya sedikit. Saya sendiri tergamam sekejap tengok betapa padunya sokongan peminat-peminat beliau. Mungkin ada yang baca di internet bagaimana sambutan peminat-peminat wanita ketika konsert berlangsung. Bukan semua yang dicoretkan itu benar. Tiada adegan terlompat-lompat seperti yang diuar-uarkan. Mungkin jeritan yang di luar kawalan merosakkan sedikit imej konsert nasyid. Maklumlah, perempuan. Bila dah excited, menjerit memanjang. So, pengajaran bersama di situ.

 Alhamdulillah, setelah 5 tahun tak bersua. My best friend, Atiqah. Thanks cz dapatkan tiket konsert tu. Muah2

Overall, berbaloi harga tiket RM20 yang dilaburkan. Dapat tengok Maher Zain live walau hanya dihiburkan dengan dua lagu, pada saya berpadanan dengan harganya. Persembahan penasyid-penasyid lain juga tidak mengecewakan. Tahniah UIA kerana dapat menganjurkan konsert nasyid yang bermakna ini dan juga dapat menampilkan Maher Zain sebagai tetamu istimewa =)

Mesti ada yang pergi konsert Maher Zain kat Shah Alam kan? Jealous!!!!!!

*Sempat juga rakam persembahan Maher Zain nyanyi lagu InsyaAllah =D*

3 comments:

  1. eh anna pegi jugak?
    wiii~ jeles!

    ReplyDelete
  2. Km pegi yg kat UIA je..
    bukan yg kat Shah Alam

    ReplyDelete
  3. kak okey la tu dpt gak jumpa ngan maher zain live..

    walaupon xdpt g konsert dia kat shah alam tu.

    jeles ngan akk dpt jumpa ngan maher zain.

    :))

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~