img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Wednesday, September 15, 2010

~Riang Ria Raya~

Salam =)

Maaf, sebab membiarkan blog lama tiada entry baru. Penulis blog giat beraya. Itulah alasan konkrit lagi utuh setakat ini selain daripada kamera buat hal, buat-buat sibuk dengan kerja di pejabat [hari isnin dengan gigihnya dah duduk depan pc], sibuk tengok video korea, dan errrrr penyakit M.

Bagaimana raya anda...anda..dan anda??? Mesti best kan. Setahun sekali. Kena hargai, bersyukur dan raikan dengan hati yang ceria. Bukan senang nak berkumpul beramai-ramai dengan sanak saudara yang memang payah betul nak jumpa. Alhamdulillah dengan kedatangan syawal yang mulia ini semua berkumpul dan berkongsi cerita-cerita terkini lagi sensasi =)


 Muka ceria di pagi raya, walaupun flash kamera buat hal dan terpaksa tangkap gambar guna hp.

Seperti biasa, sy menyambut raya di rumah terlebih dulu. Lepas sembahyang raya, baru pulang ke kampung halaman. Seronok wooo, balik masa raya. Semua tertunggu-tunggu. Ala-ala VIP hahaha. Lepas peluk cium opah, makcik, sedara mara, harus la ada sesi pemberian duit raya. Alhamdulillah tahun ni sy dah boleh bagi duit raya kat saudara-mara. Bila tengok muka kiut miut mereka kegembiraan bila dapat duit raya sy yg tak seberapa tu, hati jadi teruja!!!! Moga ada rezeki lagi di tahun mendatang =D Dan yeahhhhh, walaupun diri ini sudah berkerjaya, sy masih budak2 di mata mereka-mereka yang baik hati bagi sy duit raya hehe. Pemberian terbanyak harus la dari my abah. Syukran.


 Kuih muih tersedia. Yang pentingggg, tempe!!!! Luv =)


Setiap tahun, di hari raya kedua kami akan mengunjungi rumah saudara-mara yang berdekatan. Banyak rumah untuk dilawati dan banyak makanan yang terhidang!!! Kena tahan nafsu makan sebab ramai yang dah complain badan sy semakin sihat dengan jayanya. Sob sob sob =( Makan tetap makan, tapi dalam kuantiti yang beragak-agak. Fav menu, harus la lontong. Sebab ada tempe =))


 Camwhore sebelum aktiviti menziarah bermula.
Fav cousin: Shuhada, Nabila. Tudung biru: my beloved lil sis


 Setiap tahun raya, mesti dua budak ni menyebok nak duduk satu kereta =p


Orait, sekian sudah update raya. Banyak lagi entry2 yg bakal menyusul di kemudian hari. Bubye for now =)

*Dah minum kopi kat opis td. So, boleh bersengkang mata buat entry2 tertunggak dan simpan dalam draft. Hoyeeehhhh [bagi semangat pada diri sendiri]*

5 comments:

  1. ziarah-menziarahi merupakan aktiviti yang best!

    ReplyDelete
  2. waa..dah besar pon daoat duet raya ke..nak jugak!!
    =)

    ReplyDelete
  3. @Zuewairy & Atie:
    Beraya ke rumah orang, makan2, dan dapat duit raya. Sememangnya syok! =)

    ReplyDelete
  4. kak sama la ngan saya gak.
    time raya tak dan nak usya blog.
    dpt update sikit2 jer.
    blogger nye sakan beraya.

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~