Salam =)
Tangan ni gatal nak menari-nari di lantai keyboard dek melihatkan bilangan entry yang dipaparkan bulan ni baru dua. Janji pada diri sendiri dulu, nak rajin post entry. Tapi apakan daya, entry2 yang gigih ditaip tu hanya mampu tersimpan dalam draft je memandangkan proses untuk memuat turun gambar terlalu sukar. TERLALU ya!!! Oh Wimax, tak boleh ke nak bagi kerjasama? Jadi, esok pagi, harus bangun pagi-pagi semata-mata nak memuat turun gambar masuk entry. Yeahhh, gigih di situ.
Perkembangan terbaru?
Masih lagi bekerja walaupun tau di luar sana dah ramai yang ambil cuti. Nak pasang langsir, buat biskut nak bagi kat mak, mak mertua, sanak saudara, katanya. Tapi, semangat kerja yang begitu menebal dalam diri ni menyebabkan saya hanya bakal mengendong beg balik kampung pada pagi khamis dan mengendongnya semula untuk pulang ke KL pada hari ahad T__T.
Ini bukan jalan KL. Sumber gambar
Oh ya, jalan raya sekarang makin menunjukkan kadar trafik yang memuaskan. Tiada lagi, kesesakan lalu lintas yang teruk macam hari nuzul quran dan cuti merdeka. Pergi kerja dengan keadaan yang tenang sebab tak payah nak tengok jam banyak kali, risau masuk pejabat lambat. Tapi, yang indah hanyalah sementara. Minggu depan suasana sesak akan mewarnai kota KL (dengan deretan kereta yang berwarna-warni). Nantikan!!!!
Hem, ramadhan bakal meninggalkan kita dalam sehari atau dua hari lagi =( Bagaimana ramadhan anda semua? Lebih baik dari tahun lepas, sama saja macam tahun lepas, atau lebih baik dari tahun lepas? Sama-sama kita muhasabah diri. Mana tahu ini ramadhan kita yang terakhir. Masih belum terlambat untuk khatamkan quran, bayar zakat, dan berpuasa dalam erti kata puasa yang sesungguhnya.
Okeh, cukup laporan setakat ini. Jumpa lagi nanti di entry akan datang =) Jangan pernah jemu untuk baca blog saya ya hehehe. Sayonara. Salam.
*Bunyi mercun makin meriah daripada biasa sekarang. Lepas sahur pun ada yang main mercun [geleng-geleng kepala] *
xpenah jemu sayang..selamat hari saya..maaf zahir batin..jemput ke rumah yaa
ReplyDelete@MerahItuJambu:
ReplyDeleteYeayyyy..i like=)
Selamat hari raya juga cik Tira..muah2
Jap jap jap.. Mak mertua??? Hehehe..
ReplyDeleteSelamat hari raya farhana.. Maaf andai ada salah silap ya.. :)
@FarhanaDr:
ReplyDelete'Mak mertua' tu merujuk kepada situasi kakak2 di pejabat. Tiada kaitan dengan penulis blog ini =D
Dr, minta maaf juga salah silap ya. Selamat Hari Raya =)