img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Thursday, July 22, 2010

~Dah Ganti Ke Belum???? ~

Salam.... =)

Sebenarnya tadi seriussss mengantuk sangat, tapi da pekena kopi Old Town buatan sendiri (Cisss..padahal 3 in 1, gunting paket masuk dalam cawan, bubuh air, kacau dan minum..dah claim sbgai buatan sendiri) terus mata segar bugar. Jadi mengambil keputusan update blog walaupun tak tau hala tujuan tulisan ini ke mana hehe.

Oh ya...sekarang ramai yang berpuasa sunat mahupun qadha puasa. Boleh dapat ganjaran berganda sebab berpuasa di bulan rejab dan syaaban kan sgt2 digalakkan. Tapi adalah lebih baik kalau digantikan puasa yg wajib kita ganti seawal mungkin. Ajal maut bukan di dalam pengetahuan kita. Tinggal puasa bermakna kita berhutang dengan Allah. Hutang dengan manusia pun boleh menyebabkan kita 'tersangkut' untuk dihitung amal ibadat ketika di padang masyar kelak. Inikan pula hutang dengan Allah. *Pesanan untuk diri sendiri juga. Perkara yg baik perlu diulang2 hebahannya*

Imej dari SINI

Jadi....jangan tangguh buat perkara2 yang wajib. Nikmat dunia sementara, yang berkekalan adalah kehidupan di akhirat kelak =)

Okeh cukup tazkirah setakat ini. Selamat beramal =)

*Demi masa...sesungguhnya manusia kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar (Al-'Asr) *

6 comments:

  1. @FarhanaDr:
    Sama2 berpesan =)

    @ielah:
    Xmo sedihhh..ada masa lg =)

    @MissLolly:
    Alhamdulillah =)

    ReplyDelete
  2. sy dh lama ganti masa raya..selalu amalkan puasa time saya..=)..miss cik farhana

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah....
    Ni lah yg kita mahukan

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~