img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Saturday, May 15, 2010

~Kalah Bermaruah~

Salam…


Siapa tengok perlawanan badminton semalam??? Saya, sudah semestinya….tapi kat rumah la hehe. Tiket nak masuk mahal wooo. Yang tinggal semalam harganya RM 3008!!!! Yang lain semua dah habis. Baik saya tengok kat rumah je. Dapat tengok muka pemain2 Malaysia dgn China dekat2, di samping tidak berlaku gangguan terhadap gegendang telinga dek bunyi sorakan yang begitu kuat di Stadium Bukit Jalil semalam =P

Semalam apa yang boleh saya perkatakan (walaupun bukan pengulas sukan yang bertauliah hehe) pemain Malaysia bermain dalam keadaan yang agak tertekan. Mungkin kerana semangat nak dapatkan Piala Thomas begitu menebal sampaikan banyak buat kesilapan dan terus memberi mata mudah kepada pihak lawan. Apa2 pun, mereka telah cuba yang terbaik =)

Walaupun sedikit kecewa semalam, sampai tidur pun termimpi2 hahaha, tetapi saya tetap peyokong kuat Malaysia!!! Yeah, go go Team Malaysia. Mereka boleh buat yang lebih baik di masa akan datang. Cuma, perlu ada pemain2 yang lebih muda untuk diasah bakatnya supaya Malaysia juga akan mempunyai ‘stock’ pemain2 yang hebat seperti China tanpa perlu menyerahkan sepenuh tanggungjawab kepada Datuk Lee Chong Wei.

Nak tengok ke esok game Indonesia Vs China ya???? Kalau rajin, saya tengok la. Kalau tak, baik tidur. Sedap tidur petang2 hehehe.

*Tiba2 terasa macam Wong Choong Hann handsome pulak..hahahahahaha.*

8 comments:

  1. ku p tgk kat stadium smlm....glerrr geram r msia xmenang...skt tekak jek jerit2....tp at least dorg da try kn..nk wat cmne...huuuu...

    ReplyDelete
  2. hermoine grangerMay 15, 2010 at 5:56 PM

    ermmm.....sdeynyer,,,,tp biasa la,,nme pon game..mnang kalah adat permainan lar kn,, mmg la chong wei pemain no 1 dunia,,,tp sume tu kerana chong wei sntiasa join sume game..sbb tu dpt collect point n jd pemain no 1. lin dan x amik sume,,dy plih game tertntu je..tp dri segi permainan,,mmg lin dan jauh lbh hebat dpda chong wei...erm..peace~

    ReplyDelete
  3. xpela..yang penting dh berusaha dato chong wei tu..sy pon tgok gak..=)

    ReplyDelete
  4. takper boleh cuba lagi di tahun depan..malaysia boleh!!!!!

    ReplyDelete
  5. Finiey:
    P tengok? wohooo, mesti bingit telinga kan hehe...
    kecewa hbis la Msia kalah..tp xpe, there is always chances for Msia to win in other games =)

    Hermoine:
    Yup u r rite dear...
    wateva it is, kt penyokong kuat Msia =)

    ReplyDelete
  6. MerahituJambu:
    Yeah..another big supporters for msia team =)

    Embun Di Tgh Mlm:
    Go..go..go Msia!!!

    ReplyDelete
  7. tengok kat umah pon dah emo, sib baik x p sana..huhu

    ReplyDelete
  8. elOw..dtg bgolek2 jap..sb nk komen takde entry baru..;)

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~