img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Sunday, March 7, 2010

~Hari Ahad Yg Paling Terisi Sepanjang 2010~

Salam semua =)

Entry ni lahir dari rasa teruja sebab buat pertama kali dlm tahun 2010 ni, sy rasa hari ahad sy terisi. Ye la, selalu...kalau bangun pagi, asyik on9 xsudah (Kat U je la, kat rumah mmng nk cari nahas xbuat kerja rumah). Tapi hari ni rasa special....

Pagi2, xla pagi sgt dalam pukul 8.50 sahabat sy, K.Iqa namanya amik sy dn sorang lagi junior di fakulti. Arah dituju menurut K.Iqa adalah pasar di Bangi. Kwsan pasar tu ada banyak gerai makan. So, dia nak belanja sarapan. Teruja kan dengar =) Sampai je situ, jadi jakun jap. Bukan pe, dah dekat 4 tahun dok Bangi..tu la 1st time tgk pasar kat situ. Kalau pasar malam pernah la. Ni pasar pagi. Lagipun jarak pasar malam dgn pasar pagi agak jauh. Mcm2 la jual kat situ (bukan sekadar ikan dan sayur mayur). Menu sarapan pagi memang terbaik lah. Nasi lemak + Teh tarik. Cuba kira kalori semua menu tu. Haha...xpe sekali sekala (ayat sedapkan ati).


Dah selesai sarapan, destinasi seterusnya adalah surau An-Nur Bangi. Hari ahad setiap minggu ada ceramah wanita. So, K.Iqa tergerak hati nak bawak sy dn junior kami untuk join dgr sekali. Penceramah hari ni adalah Ust. Amir Muttaqin (setiap minggu penceramah akan bertukar). Masa mula2 K.Iqa msg semalam, ingtkan xramai sgt yg join dgr ceramah tu. Sekali sampai, mak aih...mmng ramai kaum wanita dah dok berkumpul. Majoriti dalam umur 40-50an. Kagum dgn semangat mengejar ilmu dunia akhirat yang mereka amalkan =)


Apa yg boleh sy simpulkan, memng xmenyesal sy terima pelawaan K.Iqa untk dgr ceramah ni (Tajuk: Wanita Syurga). Terlalu banyak ilmu yg sy dapat. Kalau nak buat entry kat blog, sy rasa boleh karang dalam 8-10 entry. Dan sy memang bercadang untk tafsirkan apa yg sy dgr dari ceramah hari ni dlm entry blog sy kerana topik2 yg dibicarakan amat menarik untuk dikongsikan bersama. Dengan gaya penyampaian ceramah yg bersahaja dan ada unsur humor, maka 2 jam yg dilaburkan pagi tadi rasa berbaloi2 =)

Terima kasih pada K.Iqa kerana mengajak sy ke program yg begitu bermanfaat, dengan pakej belanja sarapan sekali =) Alhamdulillah, hari ahad sy terisi walaupun diuji dengan ketiadaan elektrik selama 6 jam di UKM (10pg-4ptg).

Minggu depan punya slot, Ust Harun Din yg akan bagi ceramah. Pada yg berkelapangan dan berada di sekitar Bangi, boleh la join beramai2 =)

*Teringat kata2 pengerusi ceramah td "Menghadiri ceramah keagamaan seperti berada di taman2 syurga". So, rebutlah peluang sementara hayat dikandung badan*

11 comments:

  1. Lama sangat dah tak pergi ceramah.. Mmg best.. Heehee.. :)

    Kongsikanlah ye.. Dpat juge kami sume ssuatu.. Ngee..

    ReplyDelete
  2. betul tu..lama dh x dgr ceramah..suke laa dgr ceramah..dulu masa kolej rajin join dgr ceramah kt surau...rindu pulak rasanyaa

    ReplyDelete
  3. FarhanaDr:
    Kan?Insaf time dgr ustz tu dok ceramah

    InsyaAllah..mmng berkobar2 rasanya nk share...
    Sharing is caring =)

    ReplyDelete
  4. merahitujambu:
    Kalo nak dgr ceramah, nak mulakan 1st step 2 kna rajin..
    Kalo kat skola dulu mmng wajib =)
    Kat U ni suka hati...tu yg makin malas jdnya..huu

    ReplyDelete
  5. sempat gak tulis blog even xde letrik..haha..
    td nk gi mcD wat keje kononye..last2 huha kt alamanda..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. ehehe..tajuk ceramah tu mcm best jek kalo dengar kan..: wanita syurga..semua orang impikan masuk syurga..tp amalan tu yg penting untuk menentukan layak ke tdk seseorang tu masuk syurga..

    ReplyDelete
  8. mizznazra:
    Itula blogger tegar namanya =P
    Da tau da korang 2...
    P kua buat keje x thrill la babe =P

    ReplyDelete
  9. AtieAbid:
    Btol 2....
    Dan mmng mudah nak masuk syurga untk kaum wanita..
    Yg susahnya, nak buat anjakan paradigma..
    2 mmng payah...

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~