img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Thursday, January 28, 2010

~Tanda X Betul-betul Ya~

Salam.

Hari ni UKM lebih meriah dari yg biasa. Kenapa? Sebab hari ni adalah hari pembuangan undi (ayat skema d situ). Roomate ku begitu gigih pegi mengundi d pagi hari. Biasa la budak 1st year kan. Kadang2 kesian tgk budak2 1st year nih. Mana tak nya, depa la golongan sasaran untuk 'dibuli'. Suruh tu, suruh ni, wajib pegi program tu, wajib pergi program ni..Macam2 la. Dek takut tak dapat kolej tahun depan, rela tak rela pegi la jugak. Sadis kan... Benda tu la yg saya alami 3 tahun lepas (Tetiba rasa mcm tua plak...4th year student tuuu hahaha)


Okeh pergi kepada topik utama. Ni la antara gambar yg sempat sy snap masa kat Pusanika tadi. Ramai jugak la yg turun mengundi. Tu belum lagi tgk kat kolej kediaman.


Ni kat Pusanika, tempat untuk pelajar UKM yang duduk di luar untuk membuang undi.



Ni plak, skrin yg tunjukkan % pelajar yg keluar mengundi mengikut kolej.

So, selamat membuang undi pada semua pelajar UKM. Tanda pangkah betul2 ya. Kalau ada niat nak buat undi rosak, baik tak payah turun mengundi. Habis cerita. Badan tak penat, dosa pun tak ada. Ingat, mengundi ni bukan kerja ringan ya. Kita bertanggungjawab pada setiap nama yang kita pangkah.

Pada yang menang (keputusan diketahui malam ni), lagi dan lagi pesanan saya selaku warga UKM ni, tolongla tunaikan kewajipan anda selaku MPP UKM. Manifesto yang berapi2 dilaung tu, silalah laksanakan. Ada yang nak buat wilayah ilmu kat fakulti, ada yang nak tangani isu kelewatan penerimaan PTPTN dan JPA, dan bnyk lagi la. Moga Allah mudahkan kerja kalian semua untuk melaksanakan amanah demi kebaikan kita (warga UKM) bersama :)

*Eh, gadis penaip entry ni dah buang undi ke belum ya? Hilang ingatan kejap*

13 comments:

  1. haha. teringan zaman jadi calon bertanding dulu

    ReplyDelete
  2. Wooo..pernah jad calon ya...
    thumbs up la :)

    ReplyDelete
  3. hahahahhahahha
    seyes je semua ...
    tahun satu mmg mangsa keZALIMAN ...
    aggagagagga

    >>___<<

    ReplyDelete
  4. Hahahahaha.. Betul2.. Anda dh buang undi ke? Erk.. Sila pangkah betul2 tau.. Hehe.. ;p

    ReplyDelete
  5. hmm..nk kte ditunaikan semua tu mmg susa..sdgkn kerajaan pon susa nk tunaikan permintaan rakyat..inikan pula mahasiswa..pape pun..smoga sesiapa yang menang berusaha bersungguh2 untuk mempertingkatkan lagi kemudahan bagi semua warga ukm..bukan mse pilihan raya je bising xtentu arah n berusaha tarik perhatian ramai untuk undi parti masing2..seharusnya diteruskan da diwar2kan semua pencapaian yang dicapai..dan yang pasti..konsep demokrasi..dan saling bekerjasama antara dua parti walaupun berbeza pendapat..bukannya merendah2kan antara parti..tapi berusaha dgn bersaing secara sihat..

    ReplyDelete
  6. Frodo Baggins:
    Kesian kat budak tahun 1...
    mmng mangsa kezaliman (mcm ulang je komen 2 haha)

    FarhanaDr:
    Opss..soalan bonus hahaha
    Mengundi ke x, sama je cik Farhana huuu

    Aiman Yee:
    Wooo..pnjngnye komen :)
    Kalo nk tgk, semangt calon2 ni masa mnggu berkempen je..
    Berapi2 promote diri..
    Tapi, bila dah dapat jawatan..ntah ke mana semngt yg berapi2 tu..
    Tapi, tu pada certain2 MPP je la..bukan semua

    ReplyDelete
  7. yaaaa...undi anda amat berharga..ape yg kamo ckp tu benar..jika nk but undi rosak baik duk umah je..buang masa..semoga anda mengundi calon yg sebetulnya

    ReplyDelete
  8. hahaha sm la..ari nie uitm pun hari buang undi
    meriah gler...tp da upgrade sket gn e-voting..

    tp calon yg undi x menang plak..br ja tau kptsan ptg td..sedih ;(

    ReplyDelete
  9. akhirnye semak2 buat group dan fanpage, serta aktiviti menjemput jadi ahli 9walaupun aku bukan student universiti mane2) akan berakhir....thank god!!!

    Tips beli belah

    ReplyDelete
  10. uhhh l0lly kelmarin p mngundi dgn tak mandi. HAHAHAHAHAHAHAHHA.

    ReplyDelete
  11. MerahItuJambu:
    Yeahh..gimme 5 :)

    Durratul:
    Ow...UKM stil guna manual lagi...
    Tapi, dgr cite e-voting mcm xtelus...hemmm

    ARC:
    Lega gak nih...hopefully nampak la hasilnya nanti

    ReplyDelete
  12. Miss Lolly:
    Wah..semangt mengundi tu..hehe

    Eyriqazz:
    Huuu...kalau yg melibatkan msia, mmng xpenah lagi :P

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~