img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Wednesday, December 16, 2009

~2 Hari 1 Malam~

Salam...

Apa khabar semua???? Hui...lama betul x meng'update' blog ni. Bukan sengaja, tapi family sy buat plan mengejut nak pegi balik kampung n cuti2 msia :) So, xsempat nak buat entry auto-publish.

So, seperti yang dijanjikan (bayangkan bunyi drum yang gempak)...tibalah masanya untuk sy cerita pasal percutian sy n family ke Melaka n N.9 :) Percutian ini mmng dirancang sebab alang2 nak amik anak kesayangan lagi baik hati mereka ni...ibu n abah bawak sy n adik pergi jalan2 ke Melaka n N.9... Jom baca kisah percutian kami (baca..jgn x baca hiii)

Dalam pukul 10.30 pg kami bertolak dari Seremban ke Melaka. Ikut jalan lama sebab ibu cakap nak tgk pemandangan...rumah2...kedai2 bla bla bla. So, dalam perjalanan ke Melaka (rasanya mcm da sampai Melaka tapi bukan area bandar) 2 terjumpala satu gerai makan yang agak unik. Nama gerai 2 ada word Sawit (gambar gerai xada sbb ketiadaan mood menangkap gmbar ketika itu ehehe). Apa yag uniknya gerai ni adalah kedudukannya yang boleh dikatakan terletak di kebun sawit. Untuk mengelakkan buah sawit dari jatuh ke atas meja atau lebih memburukkan lagi keadaan, terjatuh dalam cendol pelanggan, pemilik gerai meletakkan jaring. Makanannya not bad la tapi xberapa nak menepati selera sy. Pelanggan yang dtg gerai tu mmng ramai. Sbb kami dtg waktu lunch hour pejabat.

Dah makan2, kami meneruskan perjalanan. Sampai ke bandaraya Melaka, kami terus ke kawasan yang menjadi tarikan pelancong. Mana lagi kalau bukan ke bukit St. Paul. Sebelum ke bukit St. Paul 2, kami singgah dulu ke Muzium Islam yang terletak sgt hampir dgn jalan ke bukit St. Paul 2. Mmng banyak monumen2 lama yang berkaitan islam di situ. Antara yang menarik perhaian kami adalah al-quran yang terawal di mana naskah tersebut ditulis dgn tangan. Selain itu, terdapat kerusi yang diukir dengan tulisan jawi dan terdapat butiran permata di situ (tapi banyak dah hilang, mungkin ada yang 'gatal tgn'). Dengan bayaran sebanyak RM1 seorang, mmng berbaloi la lawatan kami ke situ.




Seterusnya kami mendaki anak2 tangga yang mmng banyak untuk naik ke bukit St. Paul. Sampai kena behenti jap kat pertengahan jalan. Ye la, perut da penuh. Bila dah naik tangga tu mengah jugak la dibuatnya. Sejarah di sebalik bukit St. Paul ni tak berminat unk sy baca padahal punya gedabak info pasal bukit tu. Nanti la, kalau ada rezeki pegi sana lagi sy baca. Xpun kalau rajin nanti sy click la kat Google :) Kat atas tu ada la abg yang buat business menggunakan haiwan peliharaan beliau. Nak tau pe binatang 2??? Si ular sawa, iguana dan burung. Siapa yang nak tangkap gmbar dgn binatang2 2 kena la bayar RM3. Adik sy y berani tu pegi la tangkap gambar dgn ular sawa. Dan sy....menjadi jurukamera saja sbb xsanggup nak pegang binatang yang berkulit lembik itu. Mau masuk mimpi 4 malam ehehe.



 


Destinasi seterusnya adalah Eye on Melacca. Seperti yang diketahui, gondola tu diangkut daripada Tasik Titiwangsa ke Melaka untuk menarik pelancong ke situ. Bayaran untuk dewasa yang mengemukakan MyCard adalah RM10 dan untuk pelajar RM 8 (Perlu tunjukkn id card anda). Kalau pelancong dari luar negara harga tiketnya adalah RM20. Kira ada diskaun 50% untuk warganegara Msia :) Perasaan...teruja nak naik gondola tu. Tapi, bila berhenti kat tengah2 laut berdegup kencang jugak jantung dibuatnya. Ibu sy pulak boleh dibilang berapa saat je dia bukak mata :) Bila kitorng cakap "Ibu, rugila kalau tutp mata". Ibu sy dengan selamba dan penuh yakinnya menjawab "Takpe, asalkan ibu tak takut". Abah saya hanya mampu sengih je tegok gelagat ibu hehe. Terbongkar rahsia ibu yang gayat dengan ketinggian :) Gondola tu berpusing xsilap 6 kali kot dalam 15 minit. Sampai dalam ati ni cakap bila la nak turun sebab rasa mcm lama sgt kat dalam benda alah tu.



 


Dah selamat turun dari gondola tu. kami terus ke N.9 untuk mencari tempat pnginapan. Cari punya cari, kitorang menginap di Hotel Mayangsari. Ok jugak tempat 2. Apartment dengan 2 bilik yang menghadap kolam dan laut :) Pagi esoknya, agenda utama adalah MANDI LAUT :) Currently, sy da jatuh cinta dgn air laut. Rasa nak cari rumah yang dekat dgn pantai je. So, boleh la mandi laut hari2 :)




Oke..Tu saja kisah percutian 2 hari 1 malam di Melaka n N.9. Nanti sy post entry pasal percutian ke Perlis dan Kedah pulak(maklumla musim cuti, kena dimanfaatkan hii). Jumpa lagi d lain entry. Jaga diri, hiasi peribadi.

Salam~

*Teringin nak melancongke Sabah dn Sarawak pulak. 2 negeri yang belum pernah dijejaki. Harap2 ada rezeki untuk ke sana :) *

12 comments:

  1. ni musim mempublish entry2 tentang percutian nampaknye ye.. hehe..
    seronok kan..ngheee..=)

    ReplyDelete
  2. sy pon akan ke melaka cuti crismas ni..kawan kwin + g bdr melaka sekali..mau jaln2 bersamakwn..wah..syokk tu

    ReplyDelete
  3. Ned~Ya:
    Erm btol 2..
    Maklumla musim cuti :)

    Cik Merah:
    Wah2..best2..
    Slamat bercuti :)

    ReplyDelete
  4. adik ko comel..mcm mkin chubby je die....kakak die xpyh nk komenla..phm2...(nazra)

    ReplyDelete
  5. Cik Nazra:
    thx on her behalf :)
    kakak dia lg chubby n comel hahahahahaha

    ReplyDelete
  6. welcome..akak die ikot kwn die yg comel ni thats y la..haha...kene mgene x??haha(nazra)
    p/s:jijik la nk wat kurungan2 ni..hhaha

    ReplyDelete
  7. hahaha...sgt xde kaitan antara si empunya siri dgn kwn dia ya..sila take note :)
    ko terpaksa berteman rapat dgn kurungan tu unless kalo ko ada blog sndiri :)

    ReplyDelete
  8. haha..ade kaitan la..ko je xpasan.
    xkuase aku tulis2 blog..hehe..leh x aku wat blog semate2 nk ade name aku appear kt blog ko??haha.phm x?juz ade name tp xpyh tulis blog..hahahah....(naz)

    ReplyDelete
  9. weh..sue blh lak ada nama dia appear even xde blog
    dia komen kat entry yg ade gambo ukm 2(hahaha kena la mention hee)

    ReplyDelete
  10. ea??ni aku nk try wat cm die...perlukah???
    sedap skit mate tgk page o..suci skit..huhu

    ReplyDelete
  11. Yeayyy...berjaya..
    tahniah MizzNazra ;)
    pic i mmng suci, sesuci ownernya ;)

    ReplyDelete
  12. i bkn ckp pic ko la suci..
    yg suci page blog ko ni...bkn pic..
    pic n page 2 different things.kui3
    msti ko tetap nk menang kan??

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~