Assalam,
Mata tak boleh lelap. Mungkin sebab terlalu penat. Pengalaman saya, kalau penat sampai tak boleh tidur walaupun tahap mengantuk dah paling tinggi ni sebab penat melampau.
Penat melampau buat apa tu sampai tak boleh nak tidur?
Penat merempuh orang ramai yang seakan menggila di Festival Jualan Akhir Tahun (YES Festival).
Pernah tengok tak filem Confession of Shopaholic yang adegan orang ramai sedang beratur tunggu pintu nak masuk untuk satu jualan murah ni. Lepas tu, tiba-tiba ada satu pintu baru yang dah dibuka. Orang ramai bertempiaran lari sambil menjerit menuju ke pintu itu untuk merebut baju, kasut, beg dan segala macam lagi item yang kebanyakannya memang digilai kaum wanita. Haaa, macam tu la apa yang saya saksikan tadi. Dengan berlari-lari penuh semangat naik eskalator nya, dengan menjerit-jerit dah macam kat stadium bola (walhal hampir100% yang beratur adalah kaum wanita), bertolak-tolakan tak payah cakap. Memang tudung saya dah senget benget masa beratur nak masuk pintu utama.
Punyalah dahsyat penangan Jualan Akhir Tahun yang dianjurkan Mood Republik ni. Penangannya dahsyat sebab kebanyakkan yang sertai festival ni adalah peniaga yang dah memang terkenal di alam maya. Sebut je nama Calaqisya, Bella Ammara, Tudung People, Zawara, Benang Hijau, mesti ramai yang kenal. Peniaga-peniaga ni letak harga lori terbalik hehe. Murah lah maksudnya tu. Mana tak berebut. Tu belum lagi dengan ada setengah peniaga yang jual jubah 2 RM50 beli 4 dapat percuma 1! Gila lagi menggilakan.
Nasib baik lah dapat tahan nafsu dari belanja besar. Kena berjimat cermat ni. Tak boleh boros sangat hehe. Masa berjalan sekitar booths tadi pun guna pendekatan sila-istighfar-banyak-banyak-jangan-ikut-nafsu.
Kepada yang nak merasai pengalaman membeli-belah dengan peniaga-peniaga top di alam maya ni boleh la serbu PWTC dari Jumaat (19 Disember) hingga Ahad ini (21 Disember) dari jam 10 pagi hingga 9 malam. Apa yang seronoknya pada saya ialah kita boleh rasa dan lihat sendiri kualiti fabrik sebelum membeli. Kalau di alam maya ni; dah bayar, tunggu barang yang dipos sampai, bila dah sampai barulah dapat rasa kualiti fabrik. Kadang-kadang mesti akan ada rasa tak puas hati kalau barang yang sampai tu tak sama macam apa yang kita harapkan. Jadinya, gunakan peluang yang ada ni untuk membeli barangan keluaran peniagan alam maya kegemaran anda.
Bukan itu je, penganjur festival ini sebenarnya menganjurkan festival yang berbentuk kebajikan. Sebahagian keuntungan peniaga-peniaga ni akan diinfaqkan kepada mereka yang memerlukan. Misi penganjur, 1 majlis (event) 1 madrasah, insyaAllah. Secara tak langsung kita yang berkunjung dan membeli ni pun dapat menyumbang. Barang dapat, saham akhirat pun dapat. Bijak bijak bijak bak kata ahli parlimen iklan Fernleaf :)
Apa yang pasti, esok insyaAllah kena pergi lagi sebab beli kasut yang saiznya sebelah lain. Sobs!
No comments:
Post a Comment
~Ekspresi Anda~