img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Sunday, May 5, 2013

~7 Minit Yang Mendebarkan~

Assalamualaikum,

Sebenarnya tempoh masa kejadian dalam 5-10 minit. Tapi, sebab nak pendekkan tajuk, ambil nombor tengah-tengah.

Ceritanya begini:

 Sumber gambar: Google.

Saya dan Mun nak turun ke kedai makan di bawah kawasan rumah kami. So, naik lah lif. Di kawasan menunggu ada lagi 3 lelaki. Bila lif dah sampai level kami, kelima-lima kami masuk. 

Tiba kat level 9, tiba-tiba lif berhenti.

Ok, dah biasa. Sebab lif side kanan memang selalu buat hal kat level 9. Baiki banyak kali pun masih berulang masalah yang sama. Jadinya, macam xhairan sangat la. Kemudian, brother kat depan saya tekan button G. 

Masih tak bergerak.

1 minit lepas tu pun tak bergerak lagi.

Muka Mun dah gelisah. Muka saya, tak dapat dipastikan bagaimana rupanya. Tapi, dah diam seribu bahasa. Tangan cuba dail nombor kecemasan. Malangnya, line Digi tak ada. Langsung! -__-

Tiba-tiba dua lagi brother tu cuba sedaya upaya bukak pintu lif. Bukak pintu lif kat tengah-tengah level! Saya dan Mun dah tentu bertambah cuak! Macam mana, kalau tiba-tiba lif boleh berfungsi balik. Terbayang scene dalam filem. 

Bila dah terkuak pintu lif tu, oh makkk.....kami berada tengah-tengah antara level 9 dengan 8! Ada dinding sikit dan atas tu lantai level 9.

"Dulu pernah jadi the same thing. I buat macam ni la. Baru boleh keluar" Kata salah seorang brother tu.

What?! U expect us (Mun and I) untuk panjat dinding lif tu?! Big no!

"Ishhh...jangan buat lagi la. Takut la.Kalau tiba-tiba lif boleh berjalan balik. Naya je" Kata saya dan ditambah oleh Mun.

Brother dua orang tu gelak je. Like what?

Dipendekkan cerita, alhamdulillah brother lagi seorang tu ada dua telefon. Satu telefon tak ada line. Satu lagi ada line. Dia pun telefon orang yang bertugas baiki lif. 

Tunggu lagi 2 minit.

Dalam kesunyian tu (sambil dua lagi brother tutup bukak pintu lif, scary gila!), terdengar *teret teret teretttttttt, gwiyomi, gwiyomi!* Aduhai, brother telefon tu pasang ringtone gwiyomi la pulak. Nak tergelak pun ada. Tapi cover macho sebab tengah cuak.

Lepas tu, pakcik yang baiki lif pun sampai, dan lif tiba-tiba terbuka kat level 6. Apa lagi, kami semua keluar dan turun pakai tangga. Tak nak ambil risiko lagi. Akhirnya, kami dapat menjejakkan kaki ke G dengan selamatnya. Alhamdulillah.

Sangat seram pengalaman tu. Kalau boleh, tak nak kena lagi. 

*Oh ya, Jumaat lepas, terpaksa turun dari tingkat 14 sebab lif rosak lagi. Hmmmm*

No comments:

Post a Comment

~Ekspresi Anda~