img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Saturday, March 16, 2013

~Lawak Ke Der 2~

Assalam....

Dah lama tak menonton wayang. Kali terakhir......erm....tak ingat. Sebab, lama sangat. Jadinya, petang Jumaat tadi luangkan masa sikit bersama adik dan kawannya dengan menonton Lawak Ke Der 2. 


Lawak Ke Der 1 tengok kat youtube and ada jugak beli DVD. So, konon nak tengok Lawak Ke Der 2 kat Istana Budaya. Apakan daya, masa tak mengizinkan. 

Sementelah (amboi, bahasa melayu baku!) Mr Hans membawakan persembahan ini ke layar perak. saya tak fikir banyak untuk menontonnya. Lagipun, boleh release stress. Stress sangat hari ni. Fuh!

Apa pendapat saya mengenai Lawak Ke Der 2?

Kelakar sangat-sangat!!!!!!

Nabil sebagai pengacara, sememangnya tak mengecewakan. Lawak dia sangat sempoi. Tak terfikir pun. Lepas tu, Boboi. Nak bagitau ni, lawak part kedua Boboi pasal Redha Airways, buatkan satu panggung ketawa sampai senak perut. Serius lawak gila. JoZan pulak, em...walaupun ini antara group fav saya, tapi, semacam sikit lawak dia. No wonder, tayangan ni ada klasifikasi 18 tahun ke atas. Masa tengok pun, kadang-kadang terpaksa tutup mata dengan tangan. Geli dan malu.

Kemudian, persembahan abang botak yang macho, Mr Harith Iskander. Oh man, abang botak ni super duper kelakar. Siapa yang dah tengok mesti setuju dengan saya. Lawak yang memang menepati dengan arus masa dan karenah manusia. Sinis pun ya. Super duper like!

 Kedua-dua gambar dari pakcik Google.

Dengan harga tiket RM10.00 seorang, saya rasakan persembahan ini termasuk dalam kategori disarankan untuk tengok. Sesuai la nak kalau nak rehatkan minda, dan bergelak ketawa.

Bintang: 4.5

*Aaaaa...teringat-ingat part Redha Airways! cant help it.*

No comments:

Post a Comment

~Ekspresi Anda~