img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Monday, January 28, 2013

~Pesan Abah~

Assalam....

Abah adalah insan yang sangat kurang bercakap. Berbeza dengan ibu. Sebab itulah mereka saling melengkapi =) Tapi butir bicara abah walau sikit, memang bisa buatkan jantung berdegup kencang (tang intro) dan mengundang air di kelopak mata (tang isi bicara).


Petang tadi sewaktu dalam perjalanan hantar saya dan adik ke stesen bas nak balik KL, abah tanya;

"Duit gaji yang tiap-tiap bulan dapat tu, ada gunakan untuk sedekah ke?"

Terkesima seketika.

"Tiap-tiap bulan, agihkan sikit duit untuk bersedekah. Kalau guna semua untuk makan, beli baju, habis juga duit tu. Kalau guna untuk sedekah, berpanjangan pahalanya".

Bila nak hampir ke destinasi, bicara abah disambung lagi.

"Along, adik, abah nak pesan sikit ni".

Ok. Berdebar. Bila abah cakap macam tu, confirm perkara penting. 

"Pesanan pertama, jaga solat. Solat tu paling utama. Jangan sesekali tinggal. Pesanan kedua, kalau keluar rumah, tutuplah aurat. Tutup aurat tu, bukan sekadar tutup kulit je. Tapi, melindungi bentuk tubuh dari dilihat oleh orang lain tu pun dikira menutup aurat. Nak pakai seluar, boleh. Tapi biar longgar. Baju biar labuh, dan longgar. Jangan ketat-ketat. Sikit je tu pesanan abah. Dua perkara je. Ingat".

MasyaAllah....bergenang air mata. Terima kasih abah, atas bicara mutiaramu. Tak senang nak jadi seorang bapa kepada anak perempuan. Selagi anak perempuan tak berkahwin, bila mana anak tu tinggalkan solat, tak tutup aurat dengan sempurna, maka dosanya akan ditanggung oleh bapa. Tapi, kalau bapa dah peringat, dah bagi nasihat. tapi si anak tetap degil, maka dosa itu ditanggung oleh anak. Allah itu kan maha adil =)

Jadi saudaraku yang sesama jantina, jagalah solat, tutuplah aurat dengan sempurna. Sekarang ni macam-macam jenis fesyen yang keluar. Katanya 'fesyen untuk muslimah', tapi baju ketat, seluar ketat, tudung tak labuh sehingga menutupi bahagian dada. Pilihan di tangan kita. Buatlah pilihan yang tepat. Jangan kerana nak nampak trendy dan up-to-date, kita abaikan apa yang agama dah ajar. 

Renung-renungkan dan selamat beramal =D

*Dah nak Februari. Laju betul masa bergerak*

No comments:

Post a Comment

~Ekspresi Anda~