img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Saturday, December 22, 2012

~Big Bad Wolf: Wajib Pergi!~

Assalam....


Siapa suka baca buku? Suka beli buku? Suka kumpul buku? Suka beli, lepas tu peram lama-lama tepi katil, lepas tu entah bila baru nak baca? *ehem*

Jawapan saya: Semua di atas. 

Jika anda juga macam saya (kecuali part yang peram lama-lama tu la), marilah kita membuat kunjungan ke Mines International Exhibition Convention Centre (MIECC) di Seri Kembangan. Alah, sebelah Mines je. Senang.

Seriously, kalau pergi sana memang tak rugi. Saya tak cukup sekali pergi, heret pulak colleague pergi untuk kali kedua. Sangat best Big Bad Wolf ni. Mana tak best, diskaun buku antara 75%-95% ke atas semua 3 juta buah buku!!!! *teruja*



Ruang legar yang besar, buku yang super duper banyak, sampai berpinar-pinar mata (campur rambang juga) sebab banyak sangat buku. Harga sangat di luar jangkauan. Harga buku yang paling murah saya lihat di situ adalah RM3, dan yang paling mahal saya terlihat adalah RM60 (kulit tebal, isi tebal, kualiti kertas tip top). Siapa yang tak teruja kalau macam tu?!


Jadinya, saya membeli buku-buku seperti di bawah:

Rembatan kunjungan kali pertama: 
Jumlah RM yang dikeluarkan adalah RM52.00
Jumlah yang dapat dijimatkan (setelah penat lelah tekan kalkulator) lebih kurang RM247.00.

Rembatan kunjungan kali kedua:
Jumlah RM yang dikeluarkan adalah RM54.00
Jumlah penjimatan lebih kurang sebanyak RM217.00.

Tak cukup beli masa pergi sendiri, mintak tolong pulak kat kawan yang pergi sana tolong belikan.
Jumlah RM yang dikeluarkan RM12.00
Jumlah penjimatan lebih kurang sebanyak RM70.00

Tambah tolak, penjimatan yang saya nikmati adalah RM531.00!!!!
Bijak...bijak!

Kalau ada yang teruja bila baca entry ni, jangan sedih. Pameran buku besar-besaran ni masih lagi berlangsung hingga ahad ini. Sampai ahad ni je, kalau ada yang nak beli buku kulit tebal, kualiti kertas tip top tapi harga bawah RM15.00. Gerenti tak menyesal kalau pergi.

Boleh check page big Bad Wolf kat FaceBook untuk maklumat lanjut.

*Tibalah masa yang kritikal, nak menghabiskan baca buku-buku yang dah dibeli*

1 comment:

~Ekspresi Anda~