img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Monday, October 8, 2012

~Me Time~

Assalam....

Semalam rasa sangatlah membuang masa kalau duduk rumah tak buat apa-apa (padahal baju yang dah basuh dah bertimbun mintak dilipat dan digantung). Jadinya, terus bersiap untuk ke Times Square. N guess what?! Pergi ke sana seorang diri setelah usaha mengajak adik tidak berjaya. No worries, im okay. Lagipun, dah lama tak buat aktiviti jalan-jalan seorang diri.

Tujuan utama keluar di hari Ahad adalah nak menyelesaikan segala hutang piutang dan juga membeli buku ini:

 Sedih bila mengetahui filem yang diadaptasi dari novel ini takkan ditayangkan di Malaysia. Sobs!

And yeayyy to me sebab, keputusan untuk membeli buku di Borders adalah keputusan paling bijak dibuat. Beli 1 buku, dan pembelian buku 1 lagi diberi diskaun 50% untuk buku-buku yang terpilih!


Rasa diri ini sangat obses dengan Emma Watson! Dia sangat comel, dan bijak. Tengok Harry Potter beratus kali pun tak pe sebab ada Emma. Dan bila nampak majalah Cleo yang ada muka Emma, terus ambil setelah berfikir "alah RM5 je" -___-

Lepas dah puas hati bergila-gilaan dalam Borders, terus ke food court TS dan mengisi perut dengan makanan berharga RM9.60 (nasi, tempe, tauhu goreng, isi ayam masak kicap) =____=. Lepas tu jalan pusing keliling sebab mencari ATM Maybank yang dah tak wujud kat GF, dan sebab tak nak membazir RM1 guna kad di ATM lain, terus berjalan kaki masuk Low Yat semata-mata nak keluarkan duit dan bayar sewa. Lepas tu sebab tak nak masuk Sg. Wang (takut tergoda dengan kasut) berjalan kaki lagi ke Watson Bukit Bintang dan terus ke monorail Raja Chulan. Ok, kalori makan tengah hari dah terbakar =P

Sampai je rumah, mata dah kuyu, dan terus tidur sampai pukul 9 malam! Berakhirlah hari Ahad yang indah =)

Sekian.

*Saya perlu berhenti beli buku untuk seketika sebab dah banyak buku menanti untuk dibaca*

6 comments:

  1. Replies
    1. Sbb selected negara je boleh tayangkan. Mungkin sebab isu seksual. Sebab tak silap buku ni diharamkan kat library sekolah bebrapa negara cz of isu gay.

      Delete
  2. i saw Chicken Soup! hello books! it's been a while for not reading a book! jeles ! :)

    ReplyDelete
  3. hehehe. tau eh? is it because of Chicken Soup? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly! Siapa lg kwn km yg minat CS melainkan ko...hehehe

      Delete

~Ekspresi Anda~