img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Thursday, September 20, 2012

~Nilai Kemaafan~

Assalam....

Sekadar perkongsian apa yang diceramahkan oleh Imam Muda Asyraff sebentar tadi di TV1.

"Di sisi Allah, walau sebesar manapun dosa hambaNya, tetap dianggap kecil. Ini kerana Allah sangat suka memberikan pengampunan."

Terfikir, jika Allah sukakan rintihan hambaNya bertaubat, dan tak lokek untuk memberi keampunan, setinggi manalah kita sehingga nilai kemaafan begitu mahal. Setinggi manakah ego kita untuk tidak memafkan orang lain sampai bila-bila?

Walaupun hati pedih, kecewa, sehingga membawa kepada sukarnya nak memaafkan orang lain, percayalah... pengubat kekecewaan itu adalah bila kita beriman kepada qadha dan qadar. Jika kita yakin/beriman kepada qadha dan qadar, pasti secara tak langsung kita akan yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. 

Saya pernah melalui episod sedih, kecewa, marah, sehingga sampai tahap tak nak maafkan orang yang terlibat. Tapi, persoalan yang timbul kemudiannya adalah, SAMPAI BILA? dan juga APA FAEDAHNYA? Bila muhasabah, terjumpalah 2 3 point kebaikan di sebalik apa yang berlaku. Dan saya sangat bersyukur kerana terpilih untuk diuji dengan ujian sebegitu.

Redha itu ikhlas! Saya pilih untuk redha dan memaafkan, kerana saya yakin, Allah adalah perancang yang terbaik! DIA turunkan ujian, untuk bagi wake up call. Terpulang, sama ada kita nak tersedar atau memilih untuk terus terlena.

Ada orang kata, ungkapkan kata maaf memang senang, tapi hati sukar nak melupakan. Itu semua berbalik kepada kita sendiri. Kita, adalah apa yang kita fikirkan. Kalau kita pilih untuk gembira, kita pasti lakukan apa yang hati kita suka. 

Bak kata Prof Muhaya, petua hati tenang: sebelum tidur, maafkan kesalahan semua orang kepada kita. Mesti kita akan bangun pada esoknya sebagai individu yang gembira dan bermotivasi. 

Tak percaya? Cubalah! =)

 Image: Google.


*Hidup ini singkat untuk berdendam*

No comments:

Post a Comment

~Ekspresi Anda~