img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Monday, September 3, 2012

~Hasil Manafaat Bila Bosan~

Assalam....

Semalam sangat bosan. Dan sangat lapar. Tapi rasa bosan asyik makan makanan yang dimasak oleh peniaga di kedai makan. Dalam seminggu lebih 7 kali makan makanan luar. Setiap kali abah telefon, dan bila wrong timing sebab masa tu tengah tunggu Kak Tun goreng nasi goreng cili api, mesti kena ceramah dengan abah.

"Tak elok biasa sangat makan makanan kat kedai makan. Banyak ajinomoto. Masak la, lebih sihat."

=D

Jadinya, saya merajinkan diri pergi kedai dan beli barang runcit. Selepas sejam berperang di dapur, inilah hasilnya.

Ehem.... patutnya kena mms kat ibu dengan abah ni. =P

Lauk paling fav! Makan ni dengan nasi panas je pun dah cukup.
Sambal ikan bilis campur tauhu dan ubi kentang.
Sambal ni pun sangatlah simple cara penyediaannya. Semudah A B C. Nanti saya share resepi ya [feeling2 chef la konon]

Mesti ada yang kagum kan, konon-konon Farhana ni pandai masak rendang ayam.
Lauk rendang ni ibu yang masak dan tapaukan masa saya nak balik KL.
Rendang ni memang sedap! Sedap sampai tahap tambah nasi 3 kali. ERK!

Sebagai melengkapkan piramid makanan, saya pun goreng la sawi dicampur dengan fish cake.

Maka bergembiralah Farhana dan seisi rumah menikmati hidangan hasil chef Farhana. Nasib baik tak ada yang sakit perut. Hehe.

*Lepas ni nak try masak gulai lemak pula.*

2 comments:

  1. Amboi amboi amboi.. Persiapan ke arah masa depan yang cemerlang dan gemilang ni.. Hehe.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cemerlang, gemilang, terbilang! hehe.
      Lagi cemerlang kalau dah nampak bayang calon =P

      Delete

~Ekspresi Anda~