img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Saturday, July 14, 2012

~PIKOM at KLCC~

Assalam....

PC fair (PIKOM) kembali lagi! Yeayyyy! Saya selalu menantikan PIKOM. Kadang-kadang bukan nak beli apa pun, tapi suka pergi pesta PC sebab boleh tengok macam-macam barangan IT dijual pada harga yang ada antaranya memang murah habis-habisan.



PIKOM kali ni pada saya lebih teratur susunan untuk barang jualannya. Cuma nak masuk ke Hall 1 agak penat, dah macam susur jalan ke permainan Transformers di USS pulak. LOL!

Selalunya kalau ke PC Fair saya pasti akan ke tempat jualan kamera. Sebab dah memang aim nak survey kamera apa, jadi terus ke booth Olympus. Dan.....saya jatuh cinta dengan kamera ini:

 Deeply....madly....in love!

Harga semasa PIKOM adalah RM1,299. Harga pasaran RM1,399. Kalau guna cash, boleh dapat dalam RM1,000!!!! Oh nooo! Kenapa lah bukan bonus sekarang ni?!

Saya nak tambah lagi 1 kamera sebab kamera Sony T-series yang ada tu, perlukan teman. Boleh tak alasan tu? kihkih. Ok, actually saya bukan peminat kamera DSLR yang besar sebab susah nak masukkan dalam beg. So, saya sukakan kamera yang kompak tapi gambar tetap bermutu. Kamera Olympus XZ-1 memenuhi kriteria yang saya cari-cari.

Handsome camera, I'll get u one fine day, insyaAllah :)

Oh ya, PIKOM ni berlangsung di KLCC, dari semalam hingga ahad ini (15 Julai). Waktu jualan/pameran adalah dari jam 11 pagi hingga 9 malam. Jangan lepaskan peluang berkunjung ke sana jika anda sedang mencari barangan IT. Pasti berbaloi-baloi :)

*Jenguk tabung yang masih kosong =P *

No comments:

Post a Comment

~Ekspresi Anda~