img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Sunday, June 17, 2012

~Dah Nampak KLCC~

Assalam....

Warga KL mesti perasan kan betapa teruknya jerebu sejak hari Jumaat lagi. Memang dasyat sampaikan bacaan IPU melebihi 100. Bad enough! Semalam snap gambar dari balkoni rumah, KLCC yang selalunya megah berdiri seakan malu dan berselindung sebalik awan (padahal sebab jerebu tebal).


Pagi ini (ahad) alhamdulillah hujan turun dengan lebatnya hinggakan terasa tarikan graviti di kawasan katil begitu kuat. Nasib baik hari Ahad. So, boleh la bermalas-malasan turun dari katil =P Jenguk balkoni, snap gambar nak wish good morning kat rakan twitter dan instagram (over di situ) dan terlihatlah samar-samar bangunan KLCC yang sudah menampakkan sisi megahnya. Alhamdulillah. 



Jerebu semakin kurang, hari ni pun masih cuti. Jadi, ayuh maksimakan cuti yang ada. Happy weekend semua! Dan moga dalam masa yang sama kita memperingati hari Isra' dan Mi'raj. =)

*Hari ni merajinkan diri ke dapur. Nak tau saya masak apa, tungguuuuuu. Hehe*

4 comments:

  1. tau xpe, xsangka jerebu seteruk itu...
    mula2, ingat nk ujan, upenye jerebu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? Walaupun baru pukul 4, dah macam pukul 7. Dahsyat!

      Delete
  2. saya tahu kamu masak apa!
    picca pehlis?
    :)

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~