Assalam....
Saya bukan penggemar filem seram. Big NO! Kadang-kadang je layankan jugak kat TV. Tapi, semalam demi adik kesayangan, beranikan juga diri ini menonton filem seram ala-ala Paranormal Activity. So, semalam filem seram yang berjaya ditonton adalah The Devil Inside.
Hemm....siapa yang suka filem ala-ala paranormal ni boleh la tengok. But for me, bikin sakit kepala je! =P Dah la memang dari opis dah sakit kepala, tengok filem yang tiba-tiba badan bengkok, darah tiba-tiba keluar, orang kena rasuk, tak ke sakit kepala tu?!
Part paling seram, adalah part ini. Seram woh!
Sebenarnya upload gambar ni cuma nak tulis caption "pelakon ni hensem" hehehe.
Nak kongsi ni, semalam kan...masa tengok filem ni, sekumpulan minah arab yang duduk row depan kitorang, menjerit-jerit bangun meninggalkan dewan tayangan. Tapi kan, sekumpulan arab yang duduk tepi kitorang pulak boleh tergelak-gelak macam tengok filem Mr Bean. Bukan gelak biasa, tapi gelak luar biasa! Haaa.....keliru di situ. Pada saya kan, dalam panggung, kita kena ada etika. Jangan sampai menggangu tumpuan orang lain. Nak jerit, jangan sampai orang belakang terkejut. Nak gelak, jangan sampai orang sebelah maki. Simple.
So....pada pembaca yang nak tengok filem ni, good luck diucapkan. Filem ni tak menjanjikan WOW, tapi ok la, untuk ada pengalaman makan popcorn tangan menggeletar.
Bintang: 2.3/5
*Tak sabar nak tengok filem Seefood =) *
Saya minat cerita genre macam ni. Ingat dulu satu cerita yang Keanu Reeves berlakon, tak ingat apa tajuk dia, macam gini gak. Tapi susah nak dapatkan yang feel betul-betul punya seram tu.
ReplyDeleteAritu download, tapi gambar wayang punya, sebab tak sabar nak tengok cite ni, tapi last-last tak puas hati sebab gambar kelam gila. Haha. Nasib baik rating pun tak sampai setengah. Selalunya Farhana dan Farhana mesti punya citarasa sama kan? Heee.. ^^
Kan... Yg betul2 seram for me, cite2 psiko. Perghhh, meremang! Tapi, ada cite baru The Woman in Black. Seram. But tertarik nak tengok sebab ada Daniel Radcliff =))
DeleteHamboiiii, sampai download sebab tak sabar. Tak sangka DR suka genre macam ni. heee. Tapi, memang gelap, segelap genre nya =P Bab ni, mungkin Farhana dan Farhana tak punya persamaan hehehe....