img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Saturday, March 31, 2012

~Busy Weekends~

Assalam...

Selalunya masa hujung minggu ni mesti semua orang exited sebab boleh hang out dengan kawan-kawan, dating la, jalan-jalan cari makan la, and the lists non stop! 

Saya juga excited dengan hujung minggu, sebab boleh berehat. Tapi, setiap hari Sabtu mesti akan bersiap-siap untuk pulang ke Perak. Setiap minggu. Takkan pernah tinggal aktiviti itu, insyaAllah sehingga bulan 6 ni.

"Ko buat apa balik rumah setiap minggu, nak buat hantaran dengan siapkan bunga telur ek?" tanya seorang rakan.

-_______-

Tak ada soalan lain ke? hahahaha

Actually, saya tolong parents berniaga. Sebab sekarang ni kan musim kursus haji. So, hari Ahad, mesti short of hands. Siapa lagi yang keluarga harapkan kalau bukan anak-anak? Dan tak kan anak-anak sanggup tengok je keluarga kelam-kabut layan pelanggan? 

Jadi, itulah sebabnya kenapa saya terpaksa ketepikan dulu rancangan bercuti, ajakan rakan-rakan untuk keluar melepaskan rindu, dan.... tak swipe kad gym pada hujung minggu =P

Ahad adalah hari yang penuh dengan penat, emo kadang-kadang (biasalah deal dengan pelanggan yang macam-macam ragam), tapi tetap gembira sebab dapat luangkan masa dengan keluarga tersayang. Masing-masing berusaha keras. LOVE!





Gambar kedai masa mula-mula dibuka pada 1 Ramadhan yang lepas. =)

*Moga ahli keluarga saya dikurniakan kesihatan yang baik, dan kehidupan yang diberkati Allah*

No comments:

Post a Comment

~Ekspresi Anda~