img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Tuesday, February 28, 2012

~Kalori..oh Kalori~

Assalam....

Dulu masa kecik, tak hairan pun pasal kalori. Ye lah, ada family yang pentingkan kesihatan. Masa kecik, mana nak selalu makan KFC, MCD. Sekarang pun, kalau balik Perak, breakfast nasi lemak pun, (kadang-kadang) ibu dah geleng-geleng kepala.

Tapi....bila dah kerja, dah pegang duit sendiri, KFC pun semudah tekan butang 1 pada lif dan taraaa, dah nampak restoran, dah tak hirau pesanan abah "JAGALAH MAKAN. JAGALAH BADAN". Maka gembiralah Farhana menikmati makanan tanpa menghiraukan kalori yang mampu membahayakan kesihatan.

Tiba-tiba hari ni, entah angin apa yang datang, tiba-tiba di hati kecil terlintas untuk memikirkan soal kalori. Lalu, diputar kembali senarai makanan yang sudah dijamu.

Breakfast:
  • Mihun separuh, kueytiow separuh
  • Teh tarik
Lunch:
  • Nasi separuh
  • Ayam masak kicap
  • Kuah kari suku senduk
  • Sayur kobis plus tauhu
  • Teh ais
Tengok dari senarai menu, dah ribu-riban kalori. Nak kira, tak sanggup rasanya. Jadi, untuk makan malam, makanan yang bertuah mengisi perut adalah....

 Kebetulan abah telefon.
Abah: Along dah makan?
Me: Dah. Makan roti je.
Abah: Haaa....elok la tu. Jaga badan, hehe.
Respon yang sudah dijangka =P 


*Tak sanggup tengok cermin. Sobs!*

2 comments:

  1. U tension kot tu bnyk food intake. :)
    Nanti boleh kurus punya. Jom diet! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh..u know me so well! :)
      Jooooom! :D

      Delete

~Ekspresi Anda~