Assalam....
CNY fever not over yet. Salah satu perkara yang begitu sinonim dengan CNY adalah Yee Sang/ Yusheng. Menurut Wikipedia *tukar ton suara kepada nada pensyarah*, Yee Sang ni merupakan potongan daging ikan mentah (ikan salmon selalunya) dan dicampurkan dengan sayur-sayuran beserta dengan sos, perasa untuk menambah selera.
Yee Sang juga melambangkan kemakmuran, kemewahan dan kesuburan. Menurut boss saya, Yee Sang selalunya dimakan antara hari pertama hingga hari ke 15 CNY.
So last Friday, my department berkesempatan makan Yee Sang yang di sponsor oleh boss. For me, first time makan Yee Sang, and rasanya not bad. Ada masam, rasa bijan, and tak risau sebab my boss buat totally semua sayur-sayuran. 100% yakin =)
Oleh kerana Yee Sang lambang kemewahan, maka semasa melambung Yee Sang, ada yang sebut:
"Gaji naik!!!!"
"Bonus banyak!!!!"
=D
*Seronok bila tau budaya bangsa lain. Unik*
No comments:
Post a Comment
~Ekspresi Anda~