img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Thursday, September 22, 2011

~Jamu Menjamu~

Assalam.

Salah satu aktivti di bulan Syawal yang tak pernah ketinggalan untuk dibuat adalah rumah terbuka. Alhamdulillah setiap tahun raya, dapat menjamu rakan taulan, jiran tetangga dan saudara mara. Rumah terbuka syawal tahun ni dibuat Jumaat lepas.

Balik opis hari Khamis terus menuju Pudu. Sampai Perak jam 9 malam, terus cari nasi and lauk yang ibu masak =P Dah kenyang, terus sinsing lengan tolong apa yang patut. Selesai masak pukul 1 pagi, tidur dan bangun semula jam 5.30 pagi. Hari Jumaat ku dipenuhi dengan melayan tetamu, tambah menu dan............membasuh pinggan serta mengemas =_=

Pengisi perut dari pagi hingga petang. Alhamdulillah rasa kenyang, sebab tak ada selera nak makan bila penat.

Dah macam gerai makan =D





Tetamu membanjiri ruang rumah sejak pukul 11 pagi, dan tetamu terakhir jam 6 petang. Fuhh, top-up makanan berkali-kali hingga titisan yang terakhir. Alhamdulillah.

Yana n Su. Setelah lama tak ketemu.

Adik n our housemate. Tercapai hasrat mereka nak makan laksa =D


Terima kasih kepada semua yang hadir. Terharu dan sangat menghargai kesudian anda semua yang hadir memeriahkan majlis. Ada rezeki jumpa lagi tahun hadapan, insyaAllah =) =) =)


*Tengok orang happy, penat pun hilang. Kuasa kegembiraan*

1 comment:

  1. x ajk sy pon..sedih...cik farhana..dh bukak email??sy ada bg th sesuatu..harap cik farhana baca eh..

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~