img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Friday, August 19, 2011

~Tips Diet Dari Doktor~

Assalam.

Baru-baru ni buat kunjungan kehormat ke klinik sebab batuk tak berhenti-henti 2 bulan lamanya. Dah alang-alang jumpa doc, terus mintak nasihat macam mana nak diet secara sihat. Yelah, kita selalu dengar orang ber diet secara salah sampai muntah n badan lembik-lembik sebab tak makan nasi. Perut dah 20+ tahun tiap-tiap hari isi nasi, tiba-tiba buat undang-undang tak boleh makan nasi. Mesti lah perut mengamuk!

So, sebelum doc bermadah pasal diet, dia minta saya timbang berat dulu. Bismillah.... *sambil kaki naik atas penimbang* Selesai je timbang, oh my god.....! berat yang sangat berat! Itulah angka terbesar sepanjang 24 tahun hidup. Terus tak keruan nak dengar apa tips dari doc.

Doc cakap kalau nak diet, di usia muda macam saya ni (ehemmm) senang, sebab lemak tak terperangkap dan senang nak terbakar. So, caranya:
  • Kurangkan gula semaksimum mungkin. Senang-senang bila makan, minum air kosong je. Bukan macam saya, sejak dua menjak ni, mesti nak minum teh ais. Teh ais ok! Guna susu lemak berkrim disukai ramai =D
  • Mesti bersenam. Mesti. Sekurang-kurangnya 30 minit satu sesi, 3 kali seminggu. Lebih kerap lebih bagus
  • Makan secara kerap, tapi kuantiti sikit. Bukan makan secara kerap, kuantiti banyak. Memang mengundang bahaya.
  • Lebihkan sayur. Kurangkan nasi. Kalau boleh usaha untuk kurangkan nasi. *terus tersandar kat kerusi bila dengar*
Dengar senang, alikasikan....susah. Sampai sekarang tak boleh nak aplikasikan tips no.4 tu T___T

Now, i miss my work out routine at gym. Sekarang tengah freezing since fasting month. Lepas puasa ni, mesti kena semangat masuk gym. Rindu segala-galanya dalam gym tu. =D


Will say hi to treadmill soon!

Thanks doc! Akan diaplikasikan tips itu sooner or later =)

*Kena usaha kuat kalau tak nak baju raya jadi macam pembalut nangka.*

4 comments:

  1. haaa...kena diet saya ni :)

    ReplyDelete
  2. itula kan.doc nya nasihatnya senang.nak amalkan tu yang payah..

    sama la kita. badan dah makin berisi. sb nafsu makan melonjak2.haha.

    ReplyDelete
  3. wah..tips share bagus..terima kasih dear

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~