img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Friday, July 15, 2011

~Harry Potter Part 2, AWESOME! ~

Assalam.

Cerita Harry Potter ni memang saya follow dari siri 1. Tapi, start follow nya tahun lepas. LOL! Gigih download dari siri 1-5 yang makan masa 2 hari setengah dan 8gb ruang dalam hard disk. Semuanya gara-gara sokongan moral dari adik. Siri 6 pun gigih jugak download. Tapi, untuk siri 7 merangkap siri yang terakhir, rasanya better untuk menonton di skrin besar lagi berkualiti. Jadi, tayangan sebelah malam 14 Julai menjadi pilihan.



HP part 2 ni, totally AWESOME!

Dari permulaan cerita hingga penghujung, tak terbit rasa bosan. Penuh dengan elemen suspen. Part air mata? Dah pastiiii. Sangat terkejut di pertengahan cerita sampai air mata dah tak dapat nak tahan. Bukan tu je, sampai tak nak berhenti pulak tu! Keluar panggung pun, masih bergenang air mata. Betapa hebatnya penangan HP ni terhadap emosi.

 Watak yang paling kesian. Muka legend, tapi dalam hati ada taman.


Pada yang belum tengok dan teringin nak tengok, better beli tiket awal-awal. Hujung minggu ni mesti full house punya sebab kebarangkalian penonton yang nak ulang tonton adalah tinggi. Saya pun nak tengok lagi sekali. tapi yang 3D punya. Mesti lagi gempak.

Bintang: Full 5/5 =D

*Cinta sejati hingga ke mati (salah satu pengajaran dari cerita Harry Potter)*

3 comments:

  1. ok..sgt jeles sekarang ni sbb kamo dh tgok..uhuk

    ReplyDelete
  2. http://download2u-movies.blogspot.com/2011/07/kuch-kuch-hota-hai-1998-dvdrip.html

    ReplyDelete
  3. @merahitujambu:
    pe tgk cepattt =P

    @Adziim:
    u must be from Dr farhana's blog rite?
    Thanks for the link =D

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~