img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Thursday, July 21, 2011

~The Greatest Love... Best Bro!~

Assalam...

Dah lama rasanya tak ber blog. Terlalu banyak benda yang nak diceritakan, dikongsikan, tapi bila datang mood nak update, masa tu jugaklah datang mood untuk menonton. menonton apa??? 

Salahkan drama ini! =D

The Greatest Love! 

Sangat-sangat best cerita ni. Terpengaruh dengan Dr Love yang juga 'hantu' drama korea haha. Thanks sebab promote cerita ni. Selain itu, tertarik nak tengok cerita ni sebab pelakonnya adalah pelakon macho yang menjadi idaman sejak kali pertama melihat beliau dalam City Hall.

Plot cerita, macam kebiasaan cerita korea lain, perihal cinta, salah faham, iri hati, cita-cita, semuanya dirangkumkan menjadi satu isi cerita yang menarik dicampur dengan lagu-lagu yang sedap didengar.

Now: sesi bersama pelakon =)

Dr Yoon Pil Jo yang sangat nice dan comel. Watak dia ni kesian sikit, tapi bila part dia dengan Kang se Ri mesti jadi sweet. Saya suka kalau kisah mereka diakhiri dengan percintaan, tapi di hujung cerita tak pulak macam tu...

Kang Se-Ri. Saya memang suka dengan minah ni sejak drama secret garden sebab dia super comelsss. Dalam cerita ni walaupun watak dia kadang-kadang menyakitkan hati, tapi bila tengok muka comel dia mesti tak jadi nak marah hehe.


Heroin drama ni, Gu Ae jong. Mula-mula agak frust bila tengok heroin macam berumur. tapi bila tengok lama-lama comel jugak, nak pulak kalau dia ikat rambut. Nampak kemas. Watak dia ni pun kesian.Nasib baik happy ending =D


Hero kecil! Ding Dong!!! Comel je watak budak ni dengan rambut cendawannya dan suara yang serak-serak basah. Cute! =D

Memperkenalkan hero di hati saya!! Ehhh..silap. Hero drama ni lah! Dok Go Jin OPPA [love] Dengar suara je boleh cair, i tell you =D Bila dia buat-buat gelak, memang comel habis lah. Bila dia caring, cair tahap maksimum! Ok..ok, korang tengok la sendiri ke machoan hero di hatiku ni ya =P


Cerita ni ikutkan baru je ditayangkan. Complete je 16 episod, terus download dengan kadar segera. Thankies pada yang bagi link =D jemput lah tengok kalau ada masa. Boleh lah release stress atau hilangkan bosan. Lagu pun syok. Yang penting...ada Dok Go Jin oppa.... opss! 

*Hari ni nak blogging sampai pengsan hehe*

7 comments:

  1. patut la b4 nie semua post simple bukan maen, sakitnye dah sembuh belum??? hehe.. lame dah tinggalkan zaman korea, sejak masuk praktikal final year dulu...

    ReplyDelete
  2. Suka lagu dia. Especially Dugun Dugun, Because You Are Mine dengan Don't Forget. Touching ar kalau dengar. Bergenang. Isk isk isk. :p

    Paling rindu Ding Dong. Cerita ni best sebab hero second tak jahat, heroin second pun tak de laa jahat mana.

    P / S: Ciuman keluar badan dari tingkap kereta tu paling mantap. Haha. :p

    ReplyDelete
  3. @nik:
    hahaha..perasan ea? dah beransur pulih, alhamdulillah =)
    Cepat, suburkan balik kesukaanmu terhadap drama korea =D

    @FarhanaDr:
    Dugun dugun sweet sgt! Semua lagu dlm TGL ni memang best. Instrumental pun best!

    Kan? Tak ada watak yg jahat melainkan ex manager diaorg!! Grrr

    Wohoooo....scene tu plng tak disangka. Macho habis!!! haha

    ReplyDelete
  4. @Kapten Atok:
    Itulah hakikatnya hehe

    ReplyDelete
  5. kenapa sy x th pasal cite ni eh..jepun ke korea ni??

    ReplyDelete
  6. sayangnya saya tak layan cte korea :|

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~