img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Monday, July 25, 2011

~17 Years And Counting~

Assalam.

Kawan datang dan pergi. Tapi, kawan itu adalah kawan yang sejati bila walaupun jasad jauh beribu batu, hati mereka masih dekat. Nor Lina a.k.a Olin, adalah antara kawan terbaik dalam hidup saya. Mula kenal ketika berumur 7 tahun, gadis ini banyak mengajar saya erti persahabatan yang sejati =)

Kami terpisah bila saya terpaksa ikut family berpindah ke tempat lain ketika darjah 3. Sadis! Tapi, kami masih berhubung guna surat =) And surprisingly, she never fail untuk hantar kad birthday or hadiah setiap kali birthday. SETIAP TAHUN ya (kecuali lepas grad, sebab menggunakan perkhidmatan telefon sepenuhnya hehe). 

Kali pertama jumpa lepas berpisah bertahun-tahun tu, masa saya study kat UKM, n dia study kat Maktab Perguruan Islam Bangi. Yeah, jodoh kuat! =) Lepas tu dah tak jumpa lagi sampailah baru-baru ni (tak de lah baru sangat) kitorang plan date sebab dia turun KL. Hoyeahhh!

So..inilah dia my rakan baik, Olin =) Nak tangkap gambar dia bukan main lagi payah. 

Olin: Chopp..choppp....nak tergelak la..!

 Okehhh..much better! =)

 Olin: Penat la layan Farhana ni. Makan lagi best!

17 years and counting, insyaAllah. Moga persahabatan terus kekal sampai bila-bila, ameen

*Cari kawan memang senang, tapi nak cari kawan sejati bukan senang*

2 comments:

~Ekspresi Anda~