Assalam...
Nak tengok filem Karak ni bukan senang. Beribu halangan kami tempuhi. Perancangan awal nak tengok hari Jumaat. Cuba bayangkan daripada nak tengok kat Wangsa Walk, tapi sebab jam beralih pulak ke Alamanda Putrajaya. Dah sampai Bangi singgah kejap makan sate memandangkan movie yang start lambat lagi. Dah sampai Alamanda, seat penuh pulak! Bincang punya bincang bergerak pula ke Klang woh! Tapi tak sempat sampai jugak. Akhirnya pulang ke rumah dengan kecewa.
Hari ini (ahad) Mun ajak kami semua tengok Karak walaupun pada mulanya masing-masing macam dah tak ada hati nak tengok cerita tu. Tapi memikirkan bosan pulak duduk rumah, boleh aje sih! =)
Actually nak sangat tengok cerita Karak ni sebab 3 faktor:
- Filem ni terbitan KRU. So, nak tengok kecanggihan filem ni. Macam mana rupa hantu-hantunya.
- Sebab ada Syahir AF9 =) Mestilah kena sokong junior masa sekolah kannnn hehe. Tapi kecewa bila dia dah tak hiraukan batas-batas pergaulan dengan yang bukan muhrim.
- Sebab............nak tengok macam mana Kilafairy berlakon. LOL! Not bad anyway. Tapi, sexy woh! Part mandi tu macam sengaja je nak dedah-dedah. Lepas tu tak habis-habis nak touch up muka.
Watak Jack (kiri sekali) memang kelakar habis. Dia la pak lawak dalam cerita ni. Syahir dan Syeera pulak pasangan kekasih. Memang lovey dovey la! Haa, seee...i told u. Kilafairy tak habis-habis dengan aktiviti touch up muka. Semua watak dibawakan dengan baik. Best!
Basically cerita ni pasal lagenda seram yang beraku di jalan Karak. Di awal cerita ditunjukkan macam mana lagenda ni bermula. Kemudian, cerita dilanjutkan dengan membawa penonton ke zaman sekarang dengan menampilkan 4 watak utama yang membintangi filem ini iaitu Syahir, Sheera, Kilafairy dan seorang lagi pelakon yang memegang watak sebagai Jack. Mereka berempat ni pelajar kolej yang nak pergi ke Kuantan dan terpaksa lalu jalan lama Karak sebab kesesakan lalulintas nak masuk tol. Dan...bermulalah episod seram mereka berempat. Mana boleh cerita lebih-lebih. Tak suspen la kan =)
For me, cerita ni nak kata seram...boleh tahan la. Tapi disebabkan cerita ni banyak diselang-selikan dengan komedi, so tak terasa seram sangat walaupun ada scene yang meremang jugak bulu roma. Yang pastinya ada mesej dan tauladan yang diserapkan di dalamnya. Kiranya bukan cerita kosong. Bagi mereka yang berfikir, pasti jumpa positive side dalam cerita ni.
Bintang: 3.95/5
*Jaga-jaga adab bila bertutur.*
3.95? Hehe. Canggih pemarkahan dia. Kikiki. Saya pon nak nengok, tapi tak sempat lagi. Huhu.
ReplyDeleteEh!! Shahir tu lagi muda dari kita ke? Aisey!! =p
tak tengok pon karak.penuh jee..dpt tgok kongfu panda je..
ReplyDeletehehe... okay la... tp xpuas ati dengan pengakhiran cerita... nik tengok hari pelancaran tu.. dak opis punye keje la... tarik nik skali.. =p... pas balik keje, g tengok kt ioi mall puchong... nik kasi 3/5 star jer la.. =p
ReplyDelete~nik~ (malas nk log in) =p