img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Thursday, April 28, 2011

~Kenapa Hidup Perlu Ada Pilihan Dan Buat Keputusan?~

Assalam.

Hidup ini mencabar. Itu hakikat. Hidup tanpa cabaran, tak cool. Hari-hari sama je. Tak ada perubahan. Tapi, salah satu perkara yang sulit dalam kehidupan, adalah bila kita harus buat keputusan di antara dua atau lebih pilihan. 




Saya masih ingat, saya berdepan dengan masalah untuk buat keputusan yang besar dalam hidup bila mana harus memilih sama ada kekal di sekolah harian ataupun belajar di sekolah asrama. Ketika itu, saya termenung hampir seharian. Menangis pun ada. Sesungguhnya, itu bukanlah situasi yang mudah untuk budak perempuan berumur 16 tahun. Akhirnya, keputusan dibuat berdasarkan pandangan yang cukup kukuh dari ibu abah dan adik saya. 

Alhamdulillah, saya rasa pandangan dari ibu abah merupakan titik tolak kepada di mana saya berada sekarang. Betul kata orang, selalulah menyenangkan hati ibu bapa, insyaAllah kehidupan kita dipermudahkan dan rezeki dilapangkan =)

Hari ini, saya berhadapan dengan masalah yang hampir sama dengan apa yang saya alami 8 tahun lepas. Fuh, memang stress! Keputusan saya diperlukan segera. Jadi, berfikir juga harus segera. Alhamdulillah, ada ibu abah, adik dan rakan-rakan sebagai tempat meluah perasaan dan meminta pendapat.

Pandangan kalian (u know who u r, in case u read this post) sangat-sangat dihargai. Much love

Harapnya, keputusan yang dibuat adalah tepat. Bak kata abah, "jangan risau, rezeki ada di mana-mana. Buat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri dan fikirkan dari segenap sudut". 

*Dalam masa fikiran kusut, sempat lagi buat aktiviti shopping. LOL!~

3 comments:

  1. Orang yg duduk dihadapanmuApril 29, 2011 at 1:25 AM

    I think I know what you mean. Keputusan di tanganmu. I'll sokong segala keputusanmu.

    ReplyDelete
  2. terlalu banyak pilihan membuatkan kita takkan setia pada satu..susah nk memilihkan..semua terletak di tgn sendiri

    ReplyDelete
  3. @orang yg duduk di hadapanmu (thx for read my blog!)
    Thanks alot Poh Yee =) Such a good friend u r =D

    @merahitujambu:
    Hermmmmm..tau xpe. Kena bijak memilih untuk masa hadapan.

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~